UMediC catat keuntungan lebih besar

BeritaHarian Sun, Dec 04, 2022 12:39pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: UMediC Group Bhd meraih keuntungan sebelum cukai (PBT) RM2.2 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023, mencerminkan lonjakan ketara sebanyak 650 peratus berbanding suku keempat 2022.

Keuntungan selepas cukai (PAT) pula melonjak 252.6 peratus kepada RM2 juta pada suku dikaji daripada RM600,000 pada suku sebelumnya.

Dalam suku dikaji, syarikat peranti perubatan tempatan itu memperoleh pendapatan berjumlah RM11.3 juta, 52.7 peratus lebih tinggi berbanding RM7.4 juta yang diraih pada suku keempat tahun kewangan berakhir 2022.

Prestasi kewangan kumpulan yang memberangsangkan itu didorong oleh permintaan yang kukuh untuk peranti perubatan dan produk guna habis.

Bagi suku pertama tahun kewangan 2023, pendapatan segmen pemasaran dan pengedaran UMC meningkat sebanyak 96 peratus berbanding suku sebelumnya.

Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UMC, Lim Taw Seong, berkata kumpulan itu mempamerkan rekod prestasi perniagaannya yang memberangsangkan sekali lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran.

"Memandangkan peningkatan kesedaran kesihatan di seluruh dunia, permintaan untuk peranti perubatan dan barangan guna habis kekal teguh.

"Kami percaya tahap permintaan yang tinggi akan terus menjadi pemangkin utama pertumbuhan perniagaan kami pada tahun-tahun akan datang. Selain itu, kami memberi tumpuan kepada proses penyelidikan dan pembangunan dalaman (R&D).

"Pasukan R&D kami berjaya membangunkan produk perubatan guna habis dan terdapat beberapa produk baharu dalam perancangan. Dengan keupayaan inovasi, kami percaya segmen pembuatan akan menjadi pemacu hasil penting dalam masa terdekat," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

UMC 0.720

Comments

Login to comment.