Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada tengahari

BeritaHarian Wed, Dec 07, 2022 02:14pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, dengan indeks utama naik sebanyak 0.39 peratus berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.69 mata kepada 1,477.24 daripada 1,471.55 pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 0.09 mata kepada 1,471.46 dan bergerak antara 1,466.46 dan 1,477.86 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 344 manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.85 bilion unit bernilai RM958.54 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank, keadaan dagangan dijangka terus tidak stabil dalam tempoh terdekat berikutan pelabur menunggu lebih banyak petunjuk dasar daripada kerajaan perpaduan, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan undi percaya terhadap Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang pada 19 Disember.

"Bagaimanapun, risiko penurunan adalah terhad berdasarkan jangkaan pembukaan semula ekonomi di China," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank dan IHH Healthcare, masing-masing naik lapan sen kepada RM8.69 dan RM5.90, CIMB meningkat 14 sen kepada RM5.71, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM4.45 dan RM8.56 serta Digi merosot dua sen kepada RM3.78.

Dalam kalangan saham aktif, Dataprep naik setengah sen kepada 31.5 sen dan Solution meningkat 2.5 sen kepada 34.5 sen, Borneo Oil dan MQ Technology, masing-masing tidak berubah pada dua sen dan 6.5 sen serta Advance Synergy dan SMTrack, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 18 sen dan 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.41 mata kepada 10,609.41, Indeks FBMT 100 meningkat 34.55 mata kepada 10,310.49, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 5.14 mata kepada 10,762.54, FBM 70 menambah 22.90 mata kepada 12,953.67 dan FBM ACE naik 27.90 mata kepada 5,527.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 126.09 mata kepada 16,565.51, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.55 mata kepada 182.22, Indeks Perladangan naik 14.46 mata kepada 6,739.49 dan Indeks Tenaga berkurangan 11.73 mata kepada 794.09.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
BORNOIL 0.005
BURSA 7.460
FBMKLCI 1530.600
IHH 6.030
MQTECH 0.015
PBBANK 4.210
SMTRACK 0.050

Comments

Login to comment.