Mesiniaga dapat kontrak SSM bernilai RM43.62 juta

BeritaHarian Thu, Dec 15, 2022 05:46pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Mesiniaga Bhd (Mesiniaga) memperoleh kontrak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembangunan, pembekalan, pelaksanaan, latihan, sokongan, waranti dan penyelenggaraan sistem pendaftaran korporatnya.

Mesiniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak bernilai RM43.62 juta itu akan berlangsung dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2026.

"Kontrak itu adalah dalam urusan perniagaan biasa dan demi kepentingan terbaik syarikat," kata Mesiniaga.

Kontrak itu tidak akan menjejaskan modal saham syarikat dan pegangan saham pemegang saham yang besar dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak berkenaan, katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
MSNIAGA 1.580

Comments

Login to comment.