Bursa Malaysia terus susut pagi ini

BeritaHarian Fri, Dec 16, 2022 10:46am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada sesi awal hari ini susulan sentimen berhati-hati yang terus ketara dalam ketidaktentuan prestasi semalaman pasaran global.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.53 peratus atau 7.82 mata kepada 1,459.31 daripada 1,467.13, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 5.37 mata kepada 1,461.76.

Di pasaran meluas, kaunter rugi berbanding untung iaitu 328 berbanding 80 manakala 217 kaunter lain tidak didagangkan, 1,649 tidak diniagakan dan 48 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 274.10 juta unit bernilai RM102.06 juta.

Dalam nota tinjauannya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata, Wall Street susut semalaman berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan baharu selepas AS mengumumkan data jualan runcit yang merosot akibat lonjakan inflasi.

Di peringkat tempatan, sentimen terhadap bursa dijangka kekal berhati-hati ini akibat kelemahan yang ketara di pasaran serantau.

"Berikutan itu, kami menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam jajaran 1,465 hingga 1,480 hari ini memandangkan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah akan berlaku, khususnya dalam saham berkaitan pembinaan dan telekomunikasi," katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM8.66 dan RM8.42, Public Bank dan TNB masing-masing susut tiga sen kepada RM4.35 dan RM9.18 manakala CIMB menokok satu sen kepada RM5.76.

Bagi saham aktif, Avillion dan Advance Synergy masing-masing meningkat setengah sen kepada 8.5 sen dan 19.5 sen manakala Ta Win, NWP dan Borneo Oil tidak berubah pada enam sen, 20.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 58.46 mata kepada 10,492.44, Indeks FBMT 100 turun 55.93 mata kepada 10,194.98, Indeks FBM Emas Shariah merosot 65.70 mata kepada 10,604.08, Indeks FBM 70 menguncup 75.47 mata kepada 12,847.20 dan Indeks FBM ACE kehilangan 46.59 mata kepada 5,425.0.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 74.17 mata pada 16,461.33, Indeks Perladangan berkurangan 26.65 mata kepada 6,677.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.97 mata kepada 180.05 dan Indeks Tenaga naik 8.15 mata kepada 786.45.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ASB 0.105
AVI 0.055
BORNOIL 0.005
BURSA 7.460
FBMKLCI 1530.600
PBBANK 4.210

Comments

Login to comment.