Bank Rakyat lanjut tawaran kadar istimewa 2.15 peratus

BeritaHarian Fri, Dec 30, 2022 10:55am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melanjutkan tempoh tawaran kadar keuntungan serendah 2.15 peratus setahun menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i sehingga 31 Januari 2023.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, langkah diambil berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap kadar promosi berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding kadar keuntungan ditawarkan di pasaran semasa.

Ia berkata, kadar istimewa yang mula ditawarkan sejak 1 Disember lalu terbuka kepada pelanggan yang melanggan akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat tanpa syarat minimum jumlah pembiayaan.

Di samping itu, katanya orang ramai serta pelanggan sedia ada juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000 berupa dua kereta Honda HRV, dua motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14.

"Dengan tawaran kadar keuntungan yang lebih rendah, Bank Rakyat berharap dapat membantu mengurangkan komitmen ansuran bulanan pelanggan, sekali gus meningkatkan aliran tunai peribadi serta kapasiti perbelanjaan dan simpanan mereka," katanya.

Pada masa yang sama, kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak turut berpeluang menikmati promosi Kad Kredit-i dengan keuntungan antara terendah di pasaran iaitu lapan peratus setahun bergantung kepada baki belum jelas bulanan pelanggan.

Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i yang ditawarkan antaranya tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang membabitkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma atas jumlah baki belum jelas.

Pelanggan boleh memperoleh maklumat lanjut berkenaan promosi yang ditawarkan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 dan ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.