Tawaran Bank Rakyat dilanjut 21 Januari

HarianMetro Sat, Dec 31, 2022 07:10am - 1 year View Original


BANK Rakyat melanjutkan tempoh tawaran kadar keuntungan serendah 2.15 peratus setahun menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i sehingga 31 Januari 2023.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, langkah ini diambil berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap kadar promosi berkenaan yang mana jauh lebih rendah berbanding kadar keuntungan yang ditawarkan di pasaran semasa.

Katanya, kadar istimewa ini yang mula ditawarkan sejak 1 Disember 2022, terbuka kepada pelanggan yang melanggan akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat tanpa syarat minimum jumlah pembiayaan.

"Di samping itu, orang ramai serta pelanggan sedia ada juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000 berupa dua Honda HRV, dua motosikal Yamaha LC dan 10 telefon pintar iPhone 14.

"Dengan tawaran kadar keuntungan yang lebih rendah, Bank Rakyat berharap dapat membantu mengurangkan komitmen ansuran bulanan pelanggan, sekali gus meningkatkan aliran tunai peribadi serta kapasiti perbelanjaan dan simpanan mereka," katanya.

Pada masa sama, kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak turut berpeluang menikmati promosi.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.