Kerja berpasukan aspek utama LBS

HarianMetro Tue, Jan 17, 2023 02:15pm - 1 year View Original


Kuala Lumpur: 'Believe, Become, Behold'. Itu adalah tiga slogan korporat Kumpulan LBS Bina Group Bhd (LBS) yang memberi gambaran bahawa sekiranya inginkan sesuatu perkara itu berlaku dengan cepat, anda perlu melangkah bersendirian.

Berbeza dengan mereka yang bergerak secara berkumpulan, di mana matlamat pasti dapat dicapai bersama.

LBS percaya bahawa kerja berpasukan adalah aspek utama dalam membantu memastikan kemajuan sesebuah syarikat.

LBS baru-baru ini mengadakan mesyuarat 'townhall', acara tahunan yang diadakan di ibu pejabatnya untuk berkongsi objektif dan hala tuju syarikat bagi tahun 2023.

Tema mesyuarat tahun ini adalah (Tu) Possibilities & Beyond!, yang membawa maksud keinginan dan semangat untuk menerima baik sebarang perkembangan serta merancang strategi-strategi baharu bagi memajukan LBS dengan kerja keras dan penuh tanggungjawab.

Perkataan Cina, 'Tu' mempunyai bunyi yang sama seperti 'To', manakala zodiak Cina tahun ini, arnab mewakili kepintaran, kebijaksanaan dan ketangkasan.

Pengurusan Kanan dan kakitangan LBS pada sesi mesyuarat townhall.
Pengurusan Kanan dan kakitangan LBS pada sesi mesyuarat townhall.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, 2022 adalah tahun yang mencabar bagi LBS dan trend itu dijangka berterusan pada tahun ini.

"Meskipun menghadapi tahun yang mencabar, kami berjaya mencapai jualan tertinggi dalam sejarah LBS.

"Sasaran jualan dilihat meningkat selama empat tahun berturut-turut dan kami yakin dengan sokongan anda, sasaran jualan baharu tahun ini pasti dapat dicapai.

"LBS akan terus komited dan bekerjasama untuk menawarkan pelbagai projek menarik kepada pelanggan dan pada masa yang sama, mencapai sasaran jualan sebanyak RM2 bilion,'' katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim yang turut berucap pada mesyuarat itu berkata, tenaga kerja di LBS terdiri daripada pelbagai generasi yang berbeza umur serta pengalaman di dalam syarikat mahupun dalam kalangan keluarga.

Katanya, jurang generasi boleh mengakibatkan masalah komunikasi yang tidak dapat dielakkan.

"Dilahirkan dalam kalangan generasi Gen X, adalah sangat penting untuk kita memahami dan menerima perbezaan pekerja di LBS tanpa mengabaikan perbezaan generasi sama ada mereka adalah

'baby boomer' atau milenial.

"Menerima baik dan bersifat terbuka terhadap perbezaan, semestinya dapat mengajar kita untuk bekerjasama dengan lebih baik, seiring dengan pencapaian dan kemajuan berterusan syarikat," katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS merangkap Jurucakap Pendigitalan LBS, Lucas Lim pula berkata, pemaju hartanah itu sudah melalui fasa pendigitalan yang amat penting terutamanya semasa pandemik dan ia salah satu elemen yang membantu LBS menghadapi cabaran dengan konsisten.

"Selaras dengan matlamat syarikat untuk mengaplikasikan pendigitalan dalam operasi, LBS menggunakan pelbagai pendekatan saluran platform digitalnya, daripada tempahan maya hingga menawarkan paparan penuh rumah pameran 360 darjah.

"Mesyuarat townhall yang juga dijalankan melalui pendekatan hibrid, berfungsi sebagai platform yang relevan," katanya yang turut menekankan elemen dan kaedah LBS dalam menerajui pendigitalan di pasaran pemaju hartanah.

Lebih daripada 800 kakitangan LBS termasuk anak syarikatnya, MGB Bhd dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC) hadir secara fizikal serta maya pada mesyuarat itu.

Di samping itu, pembentangan prestasi dan aktiviti Syarikat yang diadakan pada 2022 turut dikongsikan.

Mesyuarat townhall kekal dilihat sebagai platform yang relevan dan komprehensif untuk berkongsi perancangan serta prestasi syarikat antara pengurusan dan kakitangan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

LBS 0.680
MGB 0.800

Comments

Login to comment.