Cawangan Gloria Jean's Coffee baharu di Menara Felda Platinum Park KLCC

HarianMetro Tue, Jan 24, 2023 06:20am - 1 year View Original


PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) pemegang francais induk jenama Gloria Jean's Coffees menyasarkan untuk menjalin kerjasama dengan koperasi bagi membuka 10 cawangan baharu dalam tempoh lima tahun.

Sebagai permulaan, Gloria Jean's Coffees meluaskan sayap rangkaiannya dengan membuka cawangan baharu di Menara Felda Platinum Park KLCC.

Cawangan yang ke-47 ini kepunyaan Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (Felkop).

Ahli Lembaga Pengarah (Exco) Pernas dan WLSB, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek berkata, pihaknya menyeru lebih banyak koperasi untuk menceburi dan melabur dalam industri francais khususnya Gloria Jean's Coffees.

"Ini kerana WLSB dapat membantu pihak koperasi dari segi konsultasi, latihan dan teori serta bimbingan bagi memastikan pulangan pelaburan dapat dicapai dalam jangka masa ditetapkan.

"Potensi perniagaan kopi dalam bidang francais perlu diteroka oleh pihak koperasi dan diteliti secara kritis.

"Budaya minum kopi dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan perkembangan ini membuka peluang kepada mereka untuk menceburi bidang keusahawanan.

"Dalam masa yang sama, pembukaan cawangan oleh Felkop diharap akan menjadi satu tanda aras kepada koperasi lain untuk meneroka peluang menceburi dan melabur dalam francais Gloria Jean's Coffees," katanya.

Selain itu, Pernas turut memberi peluang kepada bakal usahawan bukan saja kepada individu, malah kepada pihak koperasi yang berminat menjadi usahawan dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan seperti khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu mereka untuk memulakan perniagaan khususnya dalam bidang francais.

Pernas, setakat ini sudah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean's Coffees untuk memulakan perniagaan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta.

Pernas turut menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) untuk bakal usahawan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.