HeiTech Padu dapat kontrak KPT bernilai RM38.58 juta
KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan dan penyelesaian teknologi, HeiTech Padu Bhd memperoleh kontrak bernilai RM38.58 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Syarikat itu berkata, kontrak berkenaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan pajakan untuk kegunaan berpusat bagi peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) meliputi lima zon di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Kontrak itu adalah bagi tempoh 52 bulan, bermula 1 Februari 2023, hingga 31 Mei 2027," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurut HeiTech Padu, kontrak itu adalah untuk kepentingan terbaik syarikat dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
-BERNAMA
The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.
Related Stocks
Comments