CBP, PR1MA bantu golongan pertengahan miliki kediaman

BeritaHarian Sun, Jan 29, 2023 01:42pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA untuk membantu golongan pertengahan memiliki kediaman sendiri di seluruh negara.

Menerusi skim itu pembeli rumah PR1MA boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk pembiayaan perumahan, kos guaman dan takaful daripada CBP di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Anuar Mohammad Anuar, berkata selain itu, pembeli rumah PR1MA juga tidak perlu membayar wang pendahuluan selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

"Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran.

"Antara kelebihan jika orang ramai mendapatkan pembiayaan di CBP adalah pembiayaan sehingga 110 peratus yang dapat memberi perlindungan risiko komprehensif yang amat bermanfaat terutama kepada pembeli rumah kali pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, CBP turut menawarkan pelbagai jenis pembiayaan perumahan termasuk Pembiayaan Al-Amali (rumah dan lot kedai), Pembiayaan Ar- Rahah (pembiayaan tanah) dan juga CBP Rumah Pertamaku.

Orang ramai yang ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dan produk serta perkhidmatan perbankan lain, boleh layari www.cbp.com.my atau kunjungi 29 cawangan CBP di seluruh negara. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.