Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari

BeritaHarian Tue, Jan 31, 2023 02:27pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, diheret turun oleh jualan berterusan hampir seluruh papan berikutan sentimen pasaran berubah berhati-hati terhadap spekulasi kenaikan kadar faedah lagi oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 11.28 mata kepada 1,488.11 daripada 1,499.39 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 5.60 mata lebih rendah kepada 1,493.79 sebelum bergerak di antara 1,487.76 dengan 1,493.89 sepanjang sesi.

Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 552 berbanding 256, manakala 399 kaunter tidak berubah, 1,000 kaunter tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.13 bilion.

Dalam nota penyelidikan, Public Investment Bank Bhd menjelaskan indeks penanda aras menjejaki prestasi saham AS yang mengalami penurunan memandangkan pelabur menunggu keputusan dasar Fed pada Rabu, dengan bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah kepada paras tertinggi sejak Krisis Kewangan pada 2008.

"Penanda aras Wall Street, S&P 500 ditutup 1.3 peratus lebih rendah pada Isnin, manakala Nasdaq Composite bertumpuan teknologi merosot dua peratus," tambahnya.

Pasaran saham serantau kebanyakannya mengalami penurunan, dengan Nikkei 225 Jepun turun 0.24 peratus kepada 27,368.93; Hang Seng Hong Kong merosot 1.27 peratus kepada 21,789.31; Indeks Strait Times Singapura kurang 0.12 peratus kepada 3,374.28 dan Kospi Korea Selatan susut 0.66 peratus kepada 2,434.27.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi Bursa, Maybank susut empat sen kepada RM8.74, Public Bank turun satu sen kepada RM4.25, Petronas Chemicals kurang enam sen kepada RM8.39 dan CIMB menguncup tiga sen kepada RM5.75.

Bagi saham aktif, Vestland yang baru disenaraikan di Pasaran ACE meningkat enam sen kepada 39 sen, G3 Global dan Anco Logistics masing-masing naik setengah sen kepada 3.5 sen dan 23 sen, manakala Borneo Oil dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada dua sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 72.60 mata kepada 10,837.03; Indeks FBMT 100 kurang 71.29 mata kepada 10,506.17 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 86.14 mata kepada 11,103.49.

Indeks FBM 70 menguncup 57.30 mata kepada 13,722.80 dan Indeks FBM ACE susut 58.02 mata kepada 5,700.49.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.45 mata kepada 189.85; Indeks Tenaga turun 5.18 mata kepada 888.11; Indeks Perladangan turun 23.61 mata kepada 6,826.45 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 96.11 mata kepada 16,441.94.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.010
BURSA 7.360
FBMKLCI 1535.000
G3 0.030
PBBANK 4.100
SAPNRG 0.050
VLB 0.350

Comments

Login to comment.