Aktiviti beli saham murah lonjak Bursa Malaysia

BeritaHarian Thu, Feb 02, 2023 07:19pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama bulan Februari apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas jualan pada Selasa walaupun keadaan pasaran yang berhati-hati di peringkat serantau, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.30 mata kepada 1,489.80 daripada 1,485.50 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 3.42 mata lebih tinggi pada 1,488.82 dan bergerak antara 1,485.90 dan 1,493.21 pada sepanjang dagangan.

Keseluruhan pasaran adalah positif, apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi, 681 berbanding 341, manakala 371 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 5.14 bilion unit bernilai RM2.95 bilion berbanding 4.03 bilion unit bernilai RM2.78 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata walaupun keadaan pasaran yang berhati-hati di peringkat serantau, pembelian di pasaran tempatan dijangka berterusan memandangkan penilaian murah terhadap saham tempatan dan sokongan berterusan daripada institusi tempatan.

"Ketika ini, indeks penanda aras didagangkan pada kira-kira 13 kali nisbah harga pendapatan berbanding dengan purata lima tahun sekitar 18 kali, justeru pasaran masih menawarkan potensi peningkatan.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada antara paras 1,490 hingga 1,500 menjelang hujung minggu," katanya kepada Bernama.

Di peringkat global, indeks serantau utama berakhir bercampur-campur apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) memberikan gambaran bercampur-campur mengenai pasaran pekerjaan negara, faktor dalam jangkaan inflasi manakala sektor pembuatan AS menguncup untuk bulan ketiga berturut-turut pada Januari.

"Selain itu, pelabur menjangkakan pendirian bank-bank pusat di Eropah yang cenderung menaikkan kadar faedah memandangkan kadar inflasi di Eropah masih meningkat lebih tinggi," kata Pak Leng.

Indeks utama serantau diniagakan bercampur-campur dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.20 peratus kepada 27,402.05 manakala Kospi Korea Selatan menokok 0.78 peratus kepada 2,468.88, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.52 peratus kepada 21,958.36 dan Strait Times Singapura berkurangan 0.41 peratus kepada 3,363.68.

Di dalam negara, kaunter untung dalam saham wajaran tinggi didahului oleh Digi, meningkat sembilan sen kepada RM4.30, Press Metal dan Sime Darby Plantation masing-masing melonjak 12 sen kepada RM5.30 dan RM4.45 manakala Maybank turun dua sen kepadaRM8.72 manakala Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.10.

Bagi saham cergas, Hong Seng bertambah 1.5 sen kepada 21.5 sen dan waran tidak berubah pada dua sen, Valesto Energy bertambah 2.5 sen kepada 25.5 sen, Dagang NeXchange meningkat 3.0 sen kepada 68.5 sen manakala Borneo Oil dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada dua sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 61.73 mata kepada 10,878.0, Indeks FBMT 100 naik 56.63 mata kepada 10,539.09 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 108.81 mata kepada 11,185.02.

Indeks FBM 70 bertambah 170.04 mata kepada 13,686.0 dan Indeks FBM ACE meningkat 99.86 mata kepada 5,811.32.

Daripada segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 0.34 mata kepada 190.27, Indeks Tenaga meningkat 20.32 mata kepada 907.57, Indeks Perladangan bertambah 74.29 mata kepada 6,903.67 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 71.79 mata kepada 16,341.64.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 3.93 bilion saham bernilai RM2.54 bilion berbanding 2.5 bilion saham bernilai RM2.31 bilion pada Selasa.

Sementara itu, jumlah dagangan waran naik kepada 324.53 juta unit bernilai RM54.48 juta daripada 299.42 juta unit bernilai RM50.9 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 887.88 bilion saham bernilai RM349.22 juta daripada 1.24 bilion saham bernilai RM418.5 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 389.61 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (854.54 juta); pembinaan (128.79 juta); teknologi (759.26 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (94.52 juta); hartanah (401.21 juta); perladangan (39.59 juta); REIT (17.48 juta), dana tertutup (27,000); tenaga (973.82 juta); penjagaan kesihatan (74.16 juta); telekomunikasi dan media (42.28 juta); pengangkutan dan logistik (126.99 juta); dan utiliti (28.83 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.005
BURSA 7.460
DNEX 0.400
FBMKLCI 1571.480
PBBANK 4.250
SAPNRG 0.045
SIMEPLT 4.440

Comments

Login to comment.