Lambo Group disenarai syarikat bermasalah kewangan

BeritaHarian Thu, Feb 02, 2023 09:40pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Lambo Group Bhd kini disenaraikan di bawah status Nota Panduan No 3 (GN3) selepas mencetuskan kriteria Nota Amalan 2.1(f) GN3 Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Securities (Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE), kata Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

"Bursa Securities ingin menegaskan bahawa ia akan terus memantau perkembangan Lambo dari segi pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Peraturan 2.1 (f) GN3 itu dicetuskan apabila juruaudit menyatakan pandangan sebaliknya atau penafian dalam penyata kewangan terkini syarikat tersenarai yang diaudit.

Setakat 2 Februari 2023, sebanyak 28 syarikat tersenarai di bawah status PN17 dan GN3 iaitu 2.94 peratus daripada keseluruhan 951 syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama dan ACE Bursa Securities.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
LAMBO 0.025

Comments

Login to comment.