Prestasi Wall Street pacu kenaikan Bursa Malaysia

BeritaHarian Fri, Feb 03, 2023 11:04am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada pagi ini, seiring dengan sentimen pasaran yang dipacu oleh peningkatan semalaman Wall Street yang dijangka mencetuskan minat belian terhadap saham-saham tempatan.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.81 mata kepada 1,492.61 daripada 1,489.80 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.76 mata kepada 1,490.56.

Sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 137 manakala 287 kaunter lain tidak berubah, 1,549 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 417.31 juta unit bernilai RM107.31 juta.

Malacca Securities berkata, sentimen global dijangka lebih positif dan akan menyaksikan pasaran tempatan turut dilanda minat belian berikutan perkembangan di Wall Street.

"Pada masa sama, kami percaya pelabur turut menumpukan pelbagai perkembangan lain seperti musim pelaporan akan datang dan pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

"Bagi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi AS$82 setong manakala harga minyak sawit mentah di bawah paras RM3,800 dan emas kekal melebihi AS$1,900," katanya.

Dari segi sektor, ia menjangkakan sektor teknologi akan menjadi tumpuan dan diniagakan tinggi pada sesi lain dengan mengambil petunjuk daripada indeks Nasdaq yang melonjak melebihi 12,000.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Press Metal naik 10 sen kepada RM5.40, MR DIY dan IHH kedua-duanya masing-masing untung lima sen kepada RM1.90 dan RM6.0, Public Bank meraih satu sen kepada RM4.22 manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.71.

Bagi saham aktif, Borneo Oil tidak berubah pada dua sen, Hong Seng Consolidated dan Ta Win masing-masing untung setengah sen kepada 22 sen dan 7.5 sen manakala JCY International dan Nylex naik 1.5 sen kepada 22 sen dan 64.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 14.64 mata kepada 10,892.64, Indeks FBMT 100 menokok 16.34 mata kepada 10,555.43 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 28.40 mata kepada 11,213.42.

Indeks FBM 70 meningkat 6.17 mata kepada 13,862.21 dan Indeks FBM ACE meraih 37.45 mata kepada 5,848.77.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.59 mata kepada 190.86, Indeks Perladangan menokok 21.0 mata kepada 6,924.67 dan Indeks Tenaga naik 0.72 mata kepada 908.29 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.39 mata kepada 16,336.24.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.010
BURSA 7.460
FBMKLCI 1568.590
HONGSENG-PA 1.740
JCY 0.275
NYLEX 0.240
PBBANK 4.260

Comments

Login to comment.