Tarikan terbaru

HarianMetro Sat, Feb 04, 2023 07:01am - 1 year View Original


TAMAN Tema Air Splash Mania berkeluasan 6.47 hektar yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove di sini mula dibuka kepada orang ramai Isnin depan.

Ketua Operasi Taman Tema Air Splash Mania Suresh V Kumaran berkata, taman tema air itu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor, dan ia mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa.

Beliau berkata, antara permainan perlu dicuba ialah gelongsor Wild Rush yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter.

"Selain itu, kita ada gelongsor Shaka Waka iaitu gelongsor gelap dihiasi lampu warna-warni dan gelongsor Atlantic VR yang memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor dan ia adalah permainan pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

"Semua permainan ini mempunyai versi kanak-kanak supaya mereka dapat merasai pengalaman sama seperti orang dewasa," katanya di sini, semalam.

Suresh berkata, taman tema air itu turut dilengkapi laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi.

Beliau berkata, tiket dijual pada harga promosi bermula 6 Februari hingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak.

Katanya selepas tempoh promosi harga tiket kembali kepada harga asal iaitu RM125 bagi dewasa, RM95 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

GAMUDA 5.250

Comments

Login to comment.