Bursa Malaysia dibuka rendah, FBM KLCI susut hampir enam mata

BeritaHarian Tue, Feb 07, 2023 10:08am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang lemah semalaman ketika pelabur masih lagi mencerna data ekonomi yang dikeluarkan minggu lalu.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.92 mata kepada 1,484.55 daripada 1,490.47 pada penutup urus niaga Jumaat.

Indeks utama itu memulakan dagangan 2.65 mata lebih rendah pada 1,487.82.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 263 berbalas 131, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,497 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 338.09 juta unit bernilai RM155.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota, sentimen global kekal tidak menentu ekoran kemerosotan Nasdaq di Wall Street yang didorong oleh angka pekerjaan Januari yang kukuh.

"Angka-angka pekerjaan telah mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan nada yang lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

"Memandangkan kemerosotan Wall Street berserta hasil bon yang meningkat, sektor teknologi mungkin menyaksikan penurunan semula selanjutnya," katanya.

Di pasaran tempatan, pelabur mungkin menumpukan pada musim pendapatan yang akan datang dan pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Feb, kata firma broker itu.

Bagi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi AS$81 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melepasi paras RM3,850 satu tan, tambahnya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Maybank susut enam sen kepada RM8.65, Petronas Chemicals turun tujuh sen menjadi RM8.24, CIMB lemah empat sen kepada RM5.62 dan TNB turun 12 sen kepada RM9.45, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.21.

Bagi saham aktif pula, MY E.G. Services menguncup 30 sen menjadi 65.5 sen, Iris Corporation menokok 5.5 sen kepada 18 sen, kedua-dua Zen Tech International dan Hong Seng Consolidated naik setengah sen setiap satu kepada tujuh sen dan 19.5 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 63.63 mata kepada 10,822.72, Indeks FBMT 100 susut 63.42 mata kepada 10,484.47, Indeks FBM Emas Syariah lemah 77.63 mata kepada 11,134.64 dan Indeks FBM 70 lebih rendah 175.69 points to 13,709.30.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE mengukuh 55.66 mata kepada 5,898.89.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.15 mata kepada 190.60, Indeks Tenaga turun 6.17 mata menjadi 899.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 70.08 mata kepada 16,244.74, tetapi Indeks Perladangan meningkat 14.95 mata kepada 6,942.19.

– BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, pembukaan, FBM KLCI, Malacca Securities, Wall Street

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMKLCI 1530.600
HONGSENG-PA 1.740
MYEG 0.790
PBBANK 4.210
SAPNRG 0.050
ZENTECH 0.015

Comments

Login to comment.