Top Builders dapat lanjutan tarikh serah pelan regularisasi

BeritaHarian Tue, Feb 14, 2023 03:28pm - 1 year View Original

KUALA LUMPUR: Bursa Securities memberikan lanjutan enam bulan kepada syarikat Nota Amalan 17 (PN17), Top Builders Capital Bhd untuk menghantar pelan regularisasi kepada pihak berkuasa kawal selia.

Menurut satu makluman Bursa Malaysia, tarikh akhir baharu bagi kumpulan kejuruteraan dan cerucuk itu menghantar pelan regularisasi kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Securities dilanjutkan kepada 29 Jun 2023.

Pada 3 Januari lalu, kumpulan meminta lanjutan tiga bulan bermula 29 Februari 2022.

Pada 1 Disember tahun lalu, syarikat itu berkata ia sedang merangka pelan regularisasi bagi menangani keadaan kewangannya.

Top Builders disenaraikan dalam status PN17 pada Jun 2020, apabila juruaudit luar kumpulan, KPMG PLT menzahirkan keraguan terhadap kemampuan syarikat untuk diteruskan apabila kebimbangan berterusan liabiliti semasanya melebihi aset semasa sebanyak RM21.6 juta.

Pada masa sama, ekuiti syarikat itu pada asas yang disatukan adalah kurang daripada 25 peratus modal sahamnya.

Terkini, keputusan kewangan belum diaudit Top Builders bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 menunjukkan ia kembali mencatatkan prestasi kewangan positif dengan keuntungan bersih sebanyak RM150.39 juta, disokong oleh skim pengaturan yang diluluskan.

Pendapatan diraih kumpulan dalam tempoh sama adalah RM19.63 juta.

Bagaimanapun, penyata kewangan belum diaudit bagi tahun kewangan 2022 turut menunjukkan bahawa liabiliti semasa kumpulan melebihi aset semasanya sebanyak RM108.55 juta.

Top Builders sebelum ini mencatatkan kerugian bersih tiga tahun kewangan berturut-turut, iaitu RM239.1 juta pada tahun kewangan 2021, RM144.35 juta pada tahun kewangan 2019 dan RM26.93 juta pada tahun kewangan 2019.

Pada 30 Disember 2020, ia menukar tahun kewangan daripada 31 Disember kepada 30 Jun.

Dagangan saham Top Builders digantung sejak 8 November tahun lalu menunggu laporan tahunan tahun kewangan 2021 dihantar.

Kaunter itu kali terakhir diniagakan pada dua sen, menjadikan permodalan pasarannya berjumlah RM14.1 juta.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.

Related Stocks

BURSA 7.460
TOPBLDS 0.005

Comments

Login to comment.