MMAG gantung dua pengarah MJets

BeritaHarian Tue, Feb 21, 2023 02:43pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd menggantung pengarah M Jets International Sdn Bhd (MJets), M. Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming daripada fungsi eksekutif masing-masing berkuat kuasa serta merta, menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarikat itu berkata, tindakan diambil untuk melindungi perniagaan MMAG dan MJet, selain memastikan kelangsungan perniagaan.

"MMAG sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pengarah kerana mereka adalah indvidu yang bertanggungjawab terhadap fungsi eksekutif dan operasi harian MJets tanpa pembabitan MMAG.

"Pengumuman lanjut akan dibuat jika ada perkembangan material mengenai perkara ini," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Menurut MMAG, pada 19 Februari 2023, lembaga pengarah menerima surat daripada MJets menyatakan bahawa SPRM menyerbu pejabat MJets pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan maklumat dan dokumen berkaitan satu laporan yang dibuat kepada SPRM.

Berikutan siasatan SPRM itu, akan bank MJets telah dibekukan.

MJets adalah anak syarikat 80 peratus milik MMAG, manakala 20 peratus lagi dimiliki oleh JT Aerotech Solutions Sdn Bhd (JTAS).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
MMAG 0.175

Comments

Login to comment.