Prestasi lemah Wall Street heret turun Bursa Malaysia

BeritaHarian Wed, Feb 22, 2023 10:27am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.84 mata kepada 1,470.17 daripada penutupan Selasa iaitu 1,474.01 selepas dibuka 1.52 mata lebih rendah pada 1,472.49.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 361 berbalas 110, manakala 261 kaunter tidak berubah, 1,491 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 474.50 juta unit bernilai RM181.30 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, indeks utama itu diunjur berada dalam julat 1,470 hingga 1,480 hari ini kerana sentimen telah bertukar menjadi tidak menentu di tengah-tengah turun naik yang kian ketara di peringkat serantau.

"Memandangkan peningkatan dalam hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kami berpendapat saham teknologi akan berhadapan halangan besar hari ini.

"Saham-saham minyak dan gas diunjur mengalami tekanan jualan sementara pengukuhan nilai dolar AS telah memberi tekanan kepada harga minyak mentah, menyaksikan harga minyak mentah Brent kini berlegar di bawah AS$83 setong," tambahnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM6.06, Digi naik tiga sen menjadi RM4.33, Maybank dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM8.70 dan RM5.44, manakala Public Bank susut satu sen kepada RM4.14 dan Petronas Chemicals turunt enam sen kepada RM8.30.

Bagi saham aktif, Capital A meningkat enam sen kepada 73 sen dan AirAsia X melonjak 21.5 sen kepada 89.5 sen, manakala Hong Seng Consolidated dan Bintai Kinden tidak berubah, masing-masing mencatatkan 19 sen dan 9.5 sen, Scope Industries susut dua sen kepada 17 sen dan MYEG menguncup 1.5 sen kepada 64.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 38.97 mata kepada 10,672.66, Indeks FBMT 100 menguncup 35.83 mata kepada 10,349.68 manakala Indeks FBM Emas Syariah lemah 50.30 mata kepada 11,007.69

Indeks FBM 70 pula susut 84.35 mata kepada 13,390.14 dan Indeks FBM ACE berkurangan 46.83 mata kepada 5,472.59.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 11.0 mata kepada 6,842.34, Indeks Tenaga mengecil 10.90 mata menjadi 862.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 1.19 mata lebih lemah pada 187.57 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 11.25 mata kepada 16,030.25

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AAX 1.210
BURSA 7.460
CAPITALA 0.700
FBMKLCI 1569.250
HONGSENG-PA 1.740
IHH 6.250
PBBANK 4.230
SCOPE 0.120

Comments

Login to comment.