UOA catat untung lebih rendah

BeritaHarian Wed, Feb 22, 2023 04:09pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 merosot kepada RM219.4 juta daripada RM224.45 juta sebelum ini.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan berkurangan kepada RM451.65 juta daripada RM547.48 juta sebelum ini.

Menurutnya, keuntungan bersih pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 menyusut kepada RM53.06 juta daripada RM98.86 juta manakala perolehan merosot kepada RM112.52 juta daripada RM136.45 juta sebelum ini.

"Perolehan dan keuntungan kasar yang rendah berlaku terutamanya disebabkan pengiktirafan progresif lebih rendah daripada projek-projek pembangunan yang sedang dijalankan," katanya.

UOA berkata, jumlah jualan hartanah baharu untuk tempoh berakhir 31 Disember 2022 dianggarkan kira-kira RM638.2 juta dan diperoleh terutamanya daripada Laurel Residence, The Goodwood Residence dan United Point Residence.

"Jumlah jualan belum dibayar penuh setakat 31 Disember 2022 berjumlah kira-kira RM203.4 juta.

"Oleh itu, kumpulan akan terus mencari tanah pembangunan strategik yang dapat mencapai objektifnya," katanya.

UOA turut mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 10 sen setiap saham biasa, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
UOADEV 1.870

Comments

Login to comment.