Bursa Malaysia menjunam 10 mata

BeritaHarian Wed, Feb 22, 2023 06:18pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran dagangan yang hambar sejajar dengan prestasi suram dalam pasaran serantau.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 10.01 mata atau 0.68 peratus untuk ditutup kepada 1,464.0 berbanding paras penutup 1,474.01 pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka rendah merosot 1.52 mata kepada 1,472.49 dan bergerak antara paras 1,462.60 dan 1,473.23 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 654 berbanding 273, manakala 378 kaunter tidak berubah, 918 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.51 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM1.85 bilion pada Selasa.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.27 peratus kepada 3,297.83, Hang Seng Kong jatuh 0.51 peratus kepada 20,423.784, Nikkei 225 Jepun berkurangan 1.34 peratus kepada 27,104.32.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi di Bursa Malaysia, CIMB melonjak tiga sen kepada RM5.47, Maybank susut empat sen kepada RM8.66, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.13, Petronas Chemicals menguncup 16 sen kepada RM8.20, dan TNB merosot 15 sen kepada RM9.65.

Bagi saham aktif, SMRT Holdings naik 2.5 sen kepad 32.5 sen, Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen, MY EG turun satu sen kepada 65 sen, Velesto jatuh 0.5 sen kepada 24 sen dan Scope Industries merosot 2.5 sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 72.42 mata kepada 10,639.21, Indeks FBMT 100 turun 69.49 mata kepada 10,316.02, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 88.94 mata kepada 10,969.05, Indeks FBM 70 jatuh 85.63 mata kepada 13,388.86 dan Indeks FBM ACE turun 38.83 mata kepada 5,480,59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun sebanyak 46.03 mata kepada 15,995.47, Indeks Perladangan merosot 20.33 mata kepada 6,833.01, Indeks Tenaga jatuh 11.47 mata kepada 862.0, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangam 2.73 mata kepada 186.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 2.29 bilion saham bernilai RM1.73 bilion daripada 1.72 bilion saham bernilai RM1.44 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 364.31 juta unit bernilai RM65.77 juta daripada 424.71 juta unit bernilai RM68.59 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 749.65 juta saham bernilai RM271.48 juta daripada 1.05 bilion saham bernilai RM328.44 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 295.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (427.05 juta); pembinaan (63.74 juta); teknologi (835.44 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.93 juta); hartanah (109.13 juta); perladangan (55.03 juta); REITs (11.36 juta), dana tertutup (11,300); tenaga (269.81 juta); penjagaan kesihatan (70.43 juta); telekomunikasi dan media (24.18 juta); pengangkutan dan logistik (41.0 juta) dan utiliti (16.55 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
FBMKLCI 1564.610
PBBANK 4.230
SAPNRG 0.045
SCOPE 0.120
SMRT 0.815

Comments

Login to comment.