Sentimen lemah jejas indeks utama Bursa Malaysia

BeritaHarian Fri, Feb 24, 2023 09:09pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini hampir tidak berubah berikutan sentimen lemah, seiring dengan kebanyakan bursa serantau walaupun prestasi semalaman di Wall Street adalah memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.85 mata atau 0.06 peratus untuk ditutup pada 1,456.80 berbanding 1,457.65 sewaktu ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka kukuh 1.01 mata kepada 1,458.66 sebelum bergerak antara 1,448.09 dan 1,460.19 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 537 kepada 419 manakala 386 kaunter tidak berubah, 893 tidak diniagakan dan 28 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.43 bilion unit bernilai RM2.58 bilion daripada 3.33 bilion unit bernilai RM2.25 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama, indeks petunjuk pasaran itu diheret turun oleh Petronas Chemicals yang merekodkan pendapatan kewangan suku keempat berakhir 31 Disember 2022 lebih lemah daripada jangkaan kerana kelembapan permintaan dan kos tinggi.

Petronas Chemicals merosot 60 sen atau 7.12 peratus kepada RM7.20 dengan 22.78 juta saham diniagakan.

Saham wajaran tinggi lain di Bursa Malaysia seperti Maybank menokok lima sen to RM8.74, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.13, TNB meningkat tujuh sen kepada RM9.72, CIMB tidak berubah pada RM5.47 dan Press Metal berkurangan tujuh sen kepada RM5.20.

Bagi saham aktif, MY EG meningkat lima sen kepada 73.5 sen, Velesto menokok 3.5 sen kepada 27.5 sen, Perdana Petroleum naik 1.5 sen kepada 19.5 sen, Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen dan MTAG Group menyusut 18 sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.76 mata kepada 10,626.44, Indeks FBMT 100 menokok 11.36 mata kepada 10,297.82, Indeks FBM 70 naik 89.53 mata kepada 13,505.21, Indeks FBM ACE meningkat 0.88 mata kepada 5,560.05 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 1.13 mata kepada 10,930.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 52.76 mata kepada 16,021.83, Indeks Tenaga menambah 26.40 mata kepada 890.84, Indeks Perladangan merosot 14.03 mata kepada 6,792.33 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 4.64 mata kepada 179.66.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 2.27 bilion saham bernilai RM2.17 bilion daripada 2.21 bilion saham bernilai RM1.91 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 387.71 juta unit bernilai RM53.97 juta daripada 327.79 juta unit bernilai RM51.70 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 729.15 juta saham bernilai RM354.10 juta daripada 735.91 juta saham bernilai RM290.60 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 247.34 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (445.18 juta); pembinaan (73.10 juta); teknologi (490.34 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (69.77 juta); hartanah (129.88 juta); perladangan (37.66 juta); REIT (7.80 juta), dana tertutup (13,000); tenaga (543.59 juta); penjagaan kesihatan (91.48 juta); telekomunikasi dan media (33.20 juta); pengangkutan dan logistik (68.42 juta) dan utiliti (28.88 juta). -- Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.430
FBMKLCI 1538.020
MTAG 0.430
PBBANK 4.360
PERDANA 0.245
SAPNRG 0.045

Comments

Login to comment.