Bursa Malaysia bermula lemah minggu ini

BeritaHarian Mon, Feb 27, 2023 10:21am - 3 months View Original


Kaunter rugi mengatasi kaunter untung 199 berbanding 174 pagi ini - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia didagangkan secara berhati-hati pada sesi awal pagi ini di tengah-tengah kelemahan ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.80 mata kepada 1,456.00 daripada 1,456.80 ketika mengakhiri dagangan pada Jumaat minggu lalu.

Indeks utama dibuka 0.76 mata lebih rendah untuk mencatatkan paras 1,456.04.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 199 berbanding 174, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,617 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 334.75 juta unit bernilai RM102.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup lebih rendah pada Jumaat minggu lalu berikutan kebimbangan mengenai inflasi yang kian meningkat.

Ini adalah susulan pengeluaran indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus boleh menyebabkan Rizab Persekutuan (Feb) mengekalkan rejim kadar faedah tinggi yang lebih lama.

Purata Perindustrian Dow Jones merosot sebanyak 337 mata, manakala Nasdaq kerugian 195 mata apabila hasil 10 tahun AS kekal pada 3.95 peratus.

Sementara itu, indeks utama dijangka berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 hari ini dengan minat tertumpu pada sektor bank, pembinaan dan telekomunikasi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal turun 13 sen kepada RM5.07, Petronas Chemicals susut 11 sen menjadi RM7.09 manakala KLK kerugian 24 sen untuk mencatatkan harga RM20.90.

Public Bank susut satu sen kepada RM4.12 dan IHH turun dua sen menjadi RM5.90 sementara CIMB naik empat sen kepada RM5.51 dan Maybank menambah tiga sen kepada RM8.77.

Bagi saham aktif, Zen Tech International dan Borneo Oil masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 2.0 sen, BCM turun setengah sen menjadi 2.0 sen dan MYEG susut satu sen kepada 72.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 3.42 mata kepada 10,623.02, Indeks FBMT 100 susut 3.46 mata kepada 10,294.36 dan Indeks FBM ACE menguncup 68.28 mata kepada 5,491.77.

Indeks FBM Emas Syariah turun 25.46 mata kepada 10,905.13 tetapi Indeks FBM 70 naik 4.79 mata kepada 13,510.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 42.24 mata kepada 16,064.07, Indeks Tenaga turun 0.26 mata menjadi 890.58, Indeks Perladangan susut 26.44 mata kepada 6,765.89 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.46 mata kepada 178.20.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.015
BURSA 6.240
FBMKLCI 1381.260
PBBANK 3.780
ZENTECH-WB 0.010

Comments

Login to comment.