MCT beli tanah RM62.65 juta di Taman Desa

BeritaHarian Wed, Mar 01, 2023 11:09pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: MCT Bhd (MCT) berkata The Place Properties Sdn Bhd (TPPSB) membeli tiga bidang tanah pembangunan kediaman pegangan kekal di Kuala Lumpur daripada Sisi Tasik Sdn Bhd pada harga RM64.65 juta.

TPPSB ialah anak syarikat milik penuh MCT Consortium Bhd, yang juga anak syarikat milik penuh MCT.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MCT berkata saiz tiga bidang tanah itu adalah kira-kira 15,817.405 meter persegi.

"Cadangan pembelian itu adalah selaras dengan strategi syarikat dan kumpulan anak syarikatnya untuk mengembangkan operasi pembangunannya di Lembah Klang.

"Ia akan menjadi pembelian tanah kedua kumpulan di Kuala Lumpur berikutan pembelian satu lagi bidang tanah di Seputeh pada 20 Februari 2023," katanya.

MCT berkata cadangan pembangunan di tanah itu dijangka menjadi projek ketiga kumpulan itu bagi siri Aetas yang memenangi anugerah, dan dinamakan secara tentatif Aetas Taman Desa.

Berdasarkan lima pelan awal dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, Aetas Taman Desa akan merangkumi 236 unit kondominium bersaiz keluarga yang luas dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM500 juta dan dirancang untuk dilancarkan pada 2024.

"Mengambil kira lokasi yang strategik, infrastruktur yang serba lengkap dan kemudahan awam yang mantap di sekeliling tanah itu, kumpulan itu percaya cadangan pembelian itu akan menyumbang secara positif kepada rancangan pertumbuhan masa depan dan prospek pendapatannya pada masa hadapan," katanya.

MCT berkata, cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku ketiga 2023, tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangkakan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AVALAND 0.335
BURSA 7.450

Comments

Login to comment.