Bursa Malaysia merosot walaupun OPR kekal

BeritaHarian Thu, Mar 09, 2023 07:13pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini meskipun keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) apabila pelabur masih bimbang dengan situasi kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan risiko kemelesetan global.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.13 mata kepada 1,449.53 daripada paras penutup 1,454.66 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.16 mata kepada 1,454.82 dan bergerak antara paras 1,448.45 dan 1,455.12 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 451 berbanding 402, manakala 406 kaunter tidak berubah, 984 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.66 bilion unit bernilai RM1.94 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI terus diniagakan rendah selepas sesi dagangan lengang dengan pasaran utama serantau kebanyakannya negatif.

Bagaimanapun, di pasaran tempatan, beliau berpandangan sentimen pasaran seharusnya bertambah baik sedikit apabila BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus.

Bank pusat mengekalkan kadar tidak berubah pada 2.75 peratus bagi kali kedua berturut-turut selepas kenaikan kumulatif 100 mata asas sejak Mei 2022.

"Sebaliknya, pelabur dijangka terus berhati-hati susulan peningkatan kemeruapan pasaran dan keadaan tidak menentu luaran.

"Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat pada jajaran 1,450 hingga 1,470 menghala ke hujung minggu," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Sime Darby Plantation jatuh 17 sen kepada RM4.30, Press Metal turun satu sen kepada RM5.10, IOI Corporation berkurangan tujuh sen kepada RM3.89 manakala Maxis menokok tiga sen kepada RM4.02.

Sementara itu Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 8.44 mata kepada 16,114.00.

Dalam kalangan saham perbankan, Maybank meningkat empat sen kepada RM8.71, Public Bank naik dua sen kepada RM4.13, CIMB jatuh tujuh sen kepada RM5.50 dan Hong Leong Bank turun empat sen kepada RM20.52.

Dalam kalangan kaunter cergas, Astro turun enam sen kepada 67 sen, Vinvest Capital tidak berubah pada 22.5 sen, Top Glove meningkat empat sen kepada 71.5 sen, manakala Careplus dan BSL Corporation naik 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 26 sen dan 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 33.24 mata kepada 10,572.51, Indeks FBMT 100 berkurangan 34.09 mata kepada 10,249.25, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 48.60 mata kepada 10,810.18, Indeks FBM ACE susut 8.96 mata kepada 5,446.60 dan Indeks FBM 70 jatuh 35.29 mata kepada 13,453.67.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 7.51 mata kepada 883.09, Indeks Perladangan jatuh 109.50 mata kepada 6,829.93 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.39 mata kepada 175.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.74 bilion saham bernilai RM1.64 bilion daripada 2.81 bilion saham bernilai RM1.97 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 247.91 juta unit bernilai RM39.35 juta daripada 355.55 juta unit bernilai RM61.35 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 668.78 juta saham bernilai RM261.42 juta daripada 590.55 juta saham bernilai RM255.46 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 252.53 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (431.43 juta); pembinaan (66.38 juta); teknologi (191.32 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (51.78 juta); hartanah (99.45 juta); perladangan (31.22 juta); REITs (9.97 juta), dana tertutup (4,700); tenaga (106.86 juta); penjagaan kesihatan (245.00 juta); telekomunikasi dan media (119.55 juta); pengangkutan dan logistik (30.08 juta); dan utiliti (113.07 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMKLCI 1569.250
HLBANK 19.460
MAXIS 3.560
PBBANK 4.230
SIMEPLT 4.440

Comments

Login to comment.