Sentimen pulih, Bursa Malaysia kembali meningkat

BeritaHarian Tue, Mar 21, 2023 11:16am - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula semasa awal dagangan pada Selasa, didorong sentimen belian yang bertambah baik sejajar dengan prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 9.53 pagi, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 4.16 mata kepada 1,405.97 daripada 1,401.81 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 5.35 mata lebih tinggi kepada 1,407.16.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 319 berbanding 204 manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,442 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 921.99 juta unit bernilai RM328.37 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen bertambah baik di Wall Street susulan perjanjian untuk menyelamatkan Credit Suisse, manakala pelabur mungkin mengalihkan tumpuan kepada keputusan berkaitan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (Fed) pada Rabu.

"Kami yakin bursa tempatan akan kekal mendatar sehingga lebih banyak petunjuk diberikan selepas keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed," katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Mengenai peningkatan semula di Wall Street, Malacca Securities menjelaskan sektor teknologi mungkin mengalami sedikit lantunan susulan kenaikan Nasdaq.

"Selain itu, kami menjangkakan pelabur mencari saham yang bersifat defensif dalam sektor emas, keperluan pengguna dan telekomunikasi berikutan persekitaran global yang tidak menentu," tambahnya.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.39; Public Bank naik tiga sen kepada RM3.98; CIMB menambah enam sen kepada RM5.21; IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM5.86; Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM6.93 dan TNB turun lima sen kepada RM9.42.

Antara saham aktif, Malaysia Building Society dan Yew Lee Pacific masing-masing meningkat satu sen kepada 65.5 sen dan 35 sen, Green Packet dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 4.5 sen manakala Hong Seng Consolidated dan Niche Capital Emas masing-masing susut setengah sen kepada 13.5 sen dan 17.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.93 mata kepada 10,276.04; Indeks FBMT 100 menambah 25.30 mata kepada 9,972.81; dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 6.58 mata kepada 10,592.89.

Indeks FBM 70 meningkat 16.28 mata kepada 13,228.17 dan ndeks FBM ACE menokok 39.71 mata kepada 5,258.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 84.58 mata kepada 15,538.60; Indeks Perladangan turun 8.63 mata kepada 6,771.84; Indeks Tenaga menambah 8.96 mata kepada 794.17 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.14 mata kepada 167.68.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
FBMKLCI 1547.570
GPACKET 0.040
HONGSENG-PA 1.740
IHH 6.120
MBSB 0.765
PBBANK 4.150
SAPNRG 0.045

Comments

Beng Chua
Like · Reply
dah pulih ke atau pannncuut naik??

Login to comment.