Laporan ESG syarikat FBMKLCI kurang mendalam dan tidak terperinci

HarianMetro Wed, Mar 22, 2023 11:10am - 1 year View Original


Kuala Lumpur: Syarikat Malaysia berada pada kedudukan pertengahan berbanding syarikat setara di peringkat global dan serantau menerusi pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Berdasarkan penyelidikan yang mengkaji ketelusan pelaporan bukan kewangan syarikat terbesar di dunia mengenai ESG oleh Global ESG Monitor (GEM), mendapati syarikat Malaysia sudah menggunakan rangka kerja, standard dan alat strategik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi laporan ESG mereka.

Namun, mereka kekurangan maklumat yang sesuai dan tahap perincian diperlukan untuk ketelusan yang optimum.

Pengasas Bersama GEM, Michael Diegelmann berkata, kedudukan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) membuktikan kemajuan dalam kemampanan dan juga menunjukkan keperluan untuk pelaporan ESG yang lebih mendalam dan terperinci di Malaysia.

"Penyertaan FBMKLCI Malaysia dalam GEM 2022 mencerminkan komitmen negara untuk amalan perniagaan yang telus dan mampan.

"Dengan skor purata sebanyak 54 daripada 100 mata, indeks Malaysia berada pada kedudukan kelima bersama dengan Dow Jones dalam 10 indeks yang ditinjau," katanya.

GEM 2022 menganalisis tahap ketelusan data ESG bukan kewangan bagi 625 laporan ESG daripada 350 syarikat tersenarai di 10 indeks pasaran saham terbesar dunia di empat benua.

Kedudukan ini berdasarkan tahap ketelusan dalam melaporkan strategi ESG, kematangan dan pendedahan penunjuk dan bukannya prestasi keseluruhan syarikat bagi metrik terbabit.

Laporan Serantau Malaysia GEM 2022 menandakan Malaysia dimasukkan buat pertama kalinya dalam laporan penanda aras, dengan menilai 30 syarikat yang tersenarai di FBMKLCI.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berada pada kedudukan teratas papan pendahulu syarikat FBMKLCI Malaysia dengan skor ketelusan tertinggi (72) diikuti Petronas Chemicals Group Bhd (71), RHB Bank Berhad (66), Digi.Com Bhd (65), Sime Darby Plantation Berhad (63) dan Axiata Group Bhd (59).

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AXIATA 2.550
BURSA 7.460
PCHEM 6.840
RHBBANK 5.480
SIMEPLT 4.410
TENAGA 11.600

Comments

Login to comment.