Power Root naikkan harga produk kali ketiga

BeritaHarian Tue, Mar 28, 2023 12:15pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pengeluar minuman bertenaga, Power Root Bhd sudah menaikkan harga produknya kali ketiga pada Januari lalu sekitar lima hingga 10 peratus.

AmInvestment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata, meskipun pesaingnya telah menaikkan harga pada 2021, Power Root hanya memulakan kenaikan harga pada Januari 2022 iaitu pada purata lapan peratus, disebabkan keupayaannya untuk mengawal kos bahan mentah yang lebih rendah.

"Selepas itu, satu lagi kenaikan harga telah dilaksanakan pada Oktober 2022 pada purata lima peratus terutamanya bagi produk jenama Ah Huat dan Alicafe di peringkat borong.

"Pusingan ketiga pelarasan harga adalah pada Januari lalu yang disasarkan untuk semua saluran produk pada kadar kenaikan purata lima hingga 10 peratus," katanya.

Bank pelaburan itu menjelaskan, bagi pasaran luar negara khususnya di Asia Barat, kenaikan harga adalah lebih rendah dan perlahan berikutan kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan tempatan, sekali gus menyaksikan Power Root telah menaikkan harga hanya sekali untuk pasaran terbabit.

"Bagaimanapun, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan kenaikan harga lain di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana kami memahami bahawa harga produk Power Root kekal kompetitif di rantau ini berbanding syarikat lain," katanya.

Sementara itu, AmInvestment Bank berkata kesan daripada penangguhan pelaksanaan cukai gula, kumpulan itu merombak semua kandungan gula dalam produknya kepada keperluan yang telah ditetapkan.

"Daripada aspek pemulihan jualan, pasaran Asia Barat telah mencapai 90 peratus daripada tahap sebelum pandemik. Power Root juga telah menyelesaikan isu pengedarnya di Arab Saudi selepas melantik pengedar baharu.

"Pada pandangan kami, jualan hanya dijangka pulih dalam tempoh suku pertama tahun kewangan 2024, tetapi jualan dari negara Asia Baray lain seperti Qatar dan UAE boleh membantu untuk meminimumkan kekurangan.

"Trajektori pertumbuhan Power Root akan disokong oleh pengembangan berterusan dalam jangkauan pasaran dengan melancarkan lebih banyak produk jenama Alicafe, yang kekal sebagai tunjang utamanya untuk pasaran tempatan dan eksport," katanya.

Bank pelaburan itu berpendapat, keuntungan keseluruhan boleh bertambah baik disebabkan kecekapan operasi yang lebih baik

Selain itu, kami berpendapat bahawa keuntungan keseluruhan boleh bertambah baik disebabkan oleh kecekapan operasi yang lebih baik dengan peralihan kepada perisian tenaga jualan automasi (SFA) sejak akhir 2022 daripada sistem manual sebelum ini, di mana pesanan dibuat berasaskan masa nyata dan cekap.

"Ia dapat mengurangkan masa pesanan utama, lebih baik dalam memantau pesanan, ketersediaan stok dan kepastian jualan di lapangan, yang semuanya ini disampaikan secara lisan oleh peniaga sebelum ini," katanya.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PWROOT-WA 0.000

Comments

boonkeechaw chawboonkee12345678
Like · Reply
now bursa no give news because is a scam company
boonkeechaw chawboonkee12345678
but have big license from government
Like · 1 year · translate
boonkeechaw chawboonkee12345678
1 Like · Reply
bursa adalah sebuah
syarikat berlesen tapi sebenarnya adalah scam company

Login to comment.