Pekat dapat kontrak PV solar RM29.1 juta di Johor

BeritaHarian Wed, Apr 26, 2023 09:30pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Pekat Group Bhd memperoleh kontrak bagi projek fotovoltaik (PV) solar yang bernilai RM29.1 juta di Johor.

Syarikat itu, melalui anak syarikat milik penuhnya, Pekat Solar Sdn Bhd, pada 25 April telah menerima surat anugerah daripada D&Y Textile (Malaysia) Sdn Bhd untuk mereka bentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem PV solar yang bersambung dengan grid di bawah skim penggunaan sendiri di tiga fasilitinya di Taman Perindustrian Sedenak, Kulai, Johor.

Diperbadankan pada 2013, D&Y Textile terbabit terutamanya dalam perniagaan pemintalan, memgeriting, mengait dan mewarna produk-produk tekstil.

Keseluruhan projek itu dijadualkan siap dalam tempoh lapan bulan, iaitu menjelang Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Pekat, Tai Yee Chee, berkata kejayaan projek itu menggambarkan permintaan berterusan untuk pemasangan PV solar di tengah-tengah rejim harga elektrik yang semakin meningkat dan permintaan yang berterusan untuk tenaga hijau.

"Pekat akan terus menyebarluaskan penggunaan tenaga bersih dan mampan, dan akan meneruskan projek sebagai kontraktor dan pemilik aset EPCC," kata Tai dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, dengan kadar ambilan dan kepercayaan yang berterusan oleh pelanggan terhadap keupayaan pelaksanaan Pekat, pakar PV solar, pembumian dan perlindungan kilat, prospek sektor PV solar untuk sepanjang tahun ini adalah amat positif.

Dengan projek terbaharu itu, Pekat telah meningkatkan perolehan nilai kontraknya kepada RM223 juta.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PEKAT 0.540

Comments

Login to comment.