Bursa Malaysia akhiri minggu lebih rendah

BeritaHarian Fri, Apr 28, 2023 07:11pm - 11 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan yang singkat ini dengan ditutup rendah apabila pelabur menjual saham mewah perkhidmatan kewangan dan perladangan menjelang satu lagi tempoh dagangan yang pendek pada minggu depan.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Khamis minggu depan sempena cuti umum sambutan Hari Pekerja dan Hari Wesak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.10 mata kepada 1,415.95 daripada paras penutup 1,418.05 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.19 mata kepada 1,418.24 dan bergerak antara paras 1,412.84 dan 1,420.50 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 427 berbanding 398, manakala 414 kaunter tidak berubah, 1,040 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.64 bilion unit bernilai RM1.48 bilion daripada 2.49 bilion unit bernilai RM1.46 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama FBM KLCI ditutup rendah sedikit hari ini selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

"(Bagaimanapun), indeks utama serantau diniagakan tinggi susulan kenaikan kukuh di Wall Street semalam berikutan pendapatan korporat yang kukuh," katanya.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun meningkat 1.4 peratus kepada 28,856.44, Kospi Korea Selatan naik 0.23 peratus kepada 2,501.53 dan Hang Seng Hong Kong menokok 0.27 peratus kepada 19,894.57.

Indeks komposit China meningkat 1.14 peratus kepada 3,323.27.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.66 dan CIMB turun satu sen kepada RM5.06 manakala Public Bank dan CelcomDigi tidak berubah masing-masing pada RM3.89 dan RM4.40.

Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM7.08.

Dalam kalangan kaunter cergas, Jade Marvel turun setengah sen kepada 27.5 sen, Komarkcorp susut 2.5 sen kepada sembilan sen manakala Vinvest meningkat setengah sen kepada 20.5 sen.

Velesto dan Bintai Kinden kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada 23 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 15.43 mata kepada 10,396.39, Indeks FBMT 100 berkurangan 14.51 mata kepada 10,080.22 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 12.19 mata kepada 10,736.79.

Indeks FBM ACE naik 15.98 mata kepada 5,368.38 manakala Indeks FBM 70 jatuh 17.65 mata kepada 13,522.58.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.59 mata kepada 171.45, Indeks Tenaga naik 0.03 mata kepada 847.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 40.50 mata kepada 15,519.53.

Indeks Perladangan turun 38.29 mata kepada 6,817.38.

Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 1.78 bilion unit bernilai RM1.25 bilion daripada 1.66 bilion unit bernilai RM1.21 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 235.24 juta unit bernilai RM46.98 juta daripada 185.13 juta unit bernilai RM36.12 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 624.27 juta saham bernilai RM183.73 juta berbanding 651.76 juta saham bernilai RM206.91 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 275.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (629.28 juta); pembinaan (64.44 juta); teknologi (187.51 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (54.13 juta); hartanah (255.41 juta); perladangan (17.65 juta); REITs (5.27 juta), dana tertutup (1,500); tenaga (114.59 juta); penjagaan kesihatan (82.11 juta); telekomunikasi dan media (46.37 juta); pengangkutan dan logistik (29.58 juta); dan utiliti (20.63 juta).

-- Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
CDB 4.040
FBMKLCI 1547.570
KOMARK 0.150
PBBANK 4.150

Comments

Login to comment.