Pacu industri makanan, pertanian

HarianMetro Fri, May 12, 2023 07:48am - 11 months View Original


Kuala Lumpur: Bank Rakyat memperkenalkan program pembiayaan BRTani yang menyediakan pembiayaan khusus untuk membantu memacu industri makanan dan pertanian sekali gus meningkatkan pengeluaran agromakanan negara.

Program pembiayaan yang menyasarkan usahawan sektor pertanian dan industri asas tani khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi ini adalah sebahagian daripada mandat Bank Rakyat untuk menyokong sektor pertanian dan industri asas tani selaras dengan agenda negara untuk meningkatkan keselamatan dan keterjaminan makanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, produk BRTani akan memfokuskan keperluan usahawan.

"Ia menyediakan kemudahan untuk usahawan yang memerlukan perbelanjaan modal, modal kerja dan pembangunan projek agromakanan serta dibuka kepada semua usahawan dan koperasi yang berkelayakan dan menepati kriteria," katanya dalam kenyataan selepas melancarkan program berkenaan di Tamparuli, Sabah.

Antara kriteria permohonan yang ditetapkan termasuk perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau daerah, perniagaan patuh Syariah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Program pembiayaan ini merangkumi dua kategori termasuk mikro dan koperasi mikro dengan jumlah pembiayaan berjumlah RM5,000 sehingga RM50,000 serta PKS dan koperasi sebanyak RM50,001 sehingga RM5 juta.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan di bawah kerangka visi Malaysia Madani, pelancaran program pembiayaan ini dilihat diperkenalkan tepat pada masanya bagi menyokong agenda yang dihasratkan oleh kerajaan dalam memperkasakan pengeluaran makanan negara bagi menjamin kelestarian sumber makanan pada masa hadapan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.