M&A Securities bakal jadi syarikat senaraian awam

BeritaHarian Fri, May 12, 2023 12:31pm - 11 months View Original


KUALA LUMPUR: M & A Securities Sdn Bhd (M&A Securities) semakin hampir untuk menjadi syarikat senaraian awam, selepas SYF Resources Bhd (SYF) menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) untuk syarikat itu menaja jamin bahagian terbuka terbitan hak untuk mengumpul RM62.58 juta.

SYF, yang asalnya adalah pengilang perabot, telah melupuskan perniagaan sedia ada dan akan menceburi industri perkhidmatan kewangan melalui pembelian M&A Securities, syarikat broker saham dan penasihat korporat tempatan yang berkembang pesat, dalam satu pengambilalihan berbalik (RTO).

Pada 19 Januari lalu, SYF telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk RTO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai cadangan, termasuk terbitan hak sebanyak 284.44 juta saham baharu (saham hak) pada 22 sen sesaham.

Dalam hal berkaitan, pemegang saham SYF di bawah Insas Bhd telah mengambil keputusan untuk melanggan hak penuh mereka kepada terbitan hak terbabit.

Serentak dengan terbitan hak, SYF juga akan melaksanakan terbitan terhad sebanyak 157.80 juta saham pada 22 sen setiap satu (berjumlah RM34.72 juta) kepada pengarah dan pekerja yang layak bagi kumpulan SYF yang diperbesarkan, termasuk M&A Securities sebagai serta orang yang telah menyumbang kepada pertumbuhan M&A Securities.

Secara keseluruhan, kumpulan SYF yang diperbesarkan akan meraih RM97.29 juta daripada dua pengumpulan dana.

Pengarah Eksekutif SYF yang juga Pengarah Urusan Kewangan Korporat M&A Securities, Datuk Bill Tan, berkata dana yang diperoleh akan membolehkan M&A Securities mempercepatkan laluan pertumbuhannya, sambil berusaha untuk mencapai antara objektif utamanya iaitu mengembangkan kapasiti dan kumpulan bakat syarikat.

"Ini dalam jangkaan peningkatan permintaan bagi perkhidmatan pasaran modal kami kerana M&A Securities terus membawa masuk ekuiti baharu kepada pasaran modal melalui tawaran awam permulaan yang mantap," katanya dalam satu kenyataan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

INSAS 1.020
M&A 0.375

Comments

Login to comment.