Tingkatkan perniagaan dengan Omnia ADvantage

HarianMetro Wed, May 24, 2023 11:20am - 11 months View Original


RANGKAIAN syarikat Media Prima, Omnia menganjurkan acara pemasaran Omnia ADvantage yang akan membantu peniaga meningkatkan perniagaan mereka melalui pengiklanan.

Susulan itu, satu ekspo pemasaran yang bertempat di Sofitel Hotel Damansara akan diadakan pada 12 hingga 16 Jun 2023.

Seminar itu bertujuan membantu perniagaan berkembang melalui penyelesaian pengiklanan yang mudah, berkesan dan berpatutan.

Ekspo pengiklanan dan pemasaran berlangsung selama seminggu bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan pada diskaun yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini iaitu sehingga 85 peratus.

Program eksklusif ini akan membantu mencapai kelompok sasaran dengan menawarkan lebih banyak pembabitan melalui strategi pengiklanan yang dinamik, bertenaga dan unik dengan pakej bermula dari hanya RM3,500 seminggu.

Satu sesi rundingan bersemuka selama 45 minit akan diadakan secara percuma kepada peniaga mengenai bagaimana untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan betapa mudahnya menyasarkan pelanggan yang tepat pada masa yang sesuai.

Peserta juga akan mengetahui cara mengembangkan perniagaan mereka menerusi televisyen, radio, media cetak dan digital terkemuka di Malaysia iaitu TV3, 8TV, Hot FM, Fly FM, NST, Harian Metro, Berita Harian, Says, Big Tree dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan penyelesaian pemasaran dengan pulangan pelaburan yang tinggi, jenama media Omnia akan membantu peserta menjana lebih banyak perniagaan dan akan memberikan pulangan yang lebih baik untuk pelaburan pemasaran.

Sertai seminar ini dan anda berpeluang memenangi sebuah kereta elektrik Appollen A1 serba baharu dan tertakluk terma.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, layari laman sesawang Omnia ADvantage.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MEDIA 0.480

Comments

Login to comment.