Focus Point tumpu pasaran domestik

BeritaHarian Thu, May 25, 2023 10:50pm - 11 months View Original


KUALA LUMPUR: Focus Point Holdings Bhd akan terus memberi tumpuan kepada pasaran Malaysia untuk segmen optik bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan membuka cawangan baharu untuk meningkatkan bahagian pasaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Liaw Choon Liang, berkata Focus Point akan terus membina hubungan yang baik dengan pihak berkepentingannya untuk mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran.

"Dengan capaian kumpulan dan jumlah cawangan di Malaysia, kami kini rangkaian runcit terbesar untuk pusat penjagaan mata profesional di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Beliau berkata, pada tahun kewangan 2022, jualan daripada e-dagang untuk segmen optik merosot sebanyak 30.55 peratus berbanding 2021 berikutan garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Optik Malaysia (MOC) pada Ogos 2021 yang melarang penjualan peralatan optik dan kanta sentuh melalui platform e-dagang.

"Mengenai masa depan, kumpulan akan terus mengembangkan perniagaan e-dagang dengan penawaran produk yang berbeza yang mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MOC," katanya.

Mengenai prospek, Choon Liang berkata Focus Point dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan perolehannya yang memuaskan dan hasil operasinya untuk tahun 2023 berikutan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat.

"Bagaimanapun, kumpulan sedar bahawa keadaan perdagangan akan kekal tidak menentu dan mencabar dan akan terus memberi tumpuan kepada perancangan perniagaan untuk mengehadkan risiko perniagaannya dan mengambil langkah untuk menambah baik kedudukan kewangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan, Soo Zin Chuen, berkata Focus Point mempunyai inisiatif yang berterusan untuk memacu jualan runcit, korporat, francais dan e-dagang yang lebih tinggi pada tahun ini untuk segmen optik.

"Pada tahun lalu, pertumbuhan kedai runcit adalah sebanyak 46.7 peratus, jualan korporat (63.8 peratus), jualan francais (33.4 peratus) dan hanya jualan e-dagang merosot sebanyak 30.5 peratus.

"Kami telah membuka 15 cawangan pada tahun lalu dengan anggaran jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM8.6 juta dan menyasarkan untuk membuka 12 cawangan optik tambahan pada 2023," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

FOCUSP 0.700

Comments

Login to comment.