Apollo Food jual tanah RM33.87 juta di Johor

BeritaHarian Tue, May 30, 2023 06:57pm - 10 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat Apollo Food Holdings Bhd bercadang untuk menjual tiga bidang tanah pegangan bebas di Johor Bahru, Johor pada harga RM33.87 juta kepada Ha Teng Holdings Sdn Bhd.

Apollo Food berkata, ia dijangka menjana keuntungan bersih RM18.32 juta menerusi penjualan itu, sebahagiannya akan digunakan untuk modal kerja, demikian menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Bagaimanapun, syarikat masih belum menentukan bahagian daripada hasil yang akan digunakan untuk modal kerja pada masa ini dan hasil bersih daripada cadangan penjualan itu yang akan diletakkan dalam akaun menanggung faedah bersama institusi kewangan semasa tempoh interim," katanya.

Apollo Food berkata, cadangan penjualan oleh anak syarikat milik penuhnya, Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd memberikan peluang untuk merungkai nilai serta-merta 651,362 kaki persegi tanah yang kini tidak menjana sebarang pendapatan, selain mengukuhkan kecairan dan kedudukan aliran tunainya.

Apollo Food Industries, secara prinsipal terbabit dalam perniagaan pengeluaran kepingan coklat, kek dan produk konfeksi coklat.

Ha Teng pula terbabit dalam perniagaan pemborongan dan membekal jentera serta peralatan pertanian.

Apollo Food berkata, cadangan penjualan itu dijangka selesai sebelum tahun kewangan berakhir 30 April 2024.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

APOLLO 6.510
BURSA 7.450

Comments

Login to comment.