Bursa Malaysia ditutup rendah

BeritaHarian Fri, Jun 02, 2023 07:55pm - 10 months View Original


KUALA LUMPUR: Pemulihan pada lewat dagangan telah menaikkan indeks utama Bursa Malaysia daripada paras terendah intra harinya manakala keseluruhan sentimen kekal lemah menjelang cuti panjang hujung minggu.

Pada 6 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.75 mata kepada 1,381.26 daripada paras penutup 1,383.01 pada Khamis dengan penurunan sederhana dalam kaunter perbankan terus menyeret turun indeks.

Indeks utama dibuka tinggi naik 2.81 mata kepada 1,385.82 pagi ini yang mana adalah paras tertinggi intra harinya dan kemudiannya susut ke paras terendah intra harinya pada 1,376.78 semasa sesi selepas dagangan pagi.

Keseluruhan pasaran positif dengan 568 kaunter untung dan 336 kaunter rugi, manakala 412 kaunter tidak berubah, 940 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.60 bilion unit bernilai RM1.94 bilion daripada 2.94 bilion unit bernilai RM1.81 bilion pada Khamis.

Pada penutup dagangan, hanya indeks kewangan dan hartanah serta produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan penurunan.

Penganalisis berkata, peniaga mula membeli kaunter berharga rendah selepas FBM KLCI mencatatkan penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Prestasi ekuiti serantau yang positif juga membantu merangsang sentimen.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks serantau ditutup tinggi susulan petanda positif daripada Wall Street apabila pelabur menilai semula kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan kenaikan kadar pada Jun.

Beliau berkata, pasaran China dan Hong Kong melantun semula daripada paras terendah dalam tempoh enam bulan berikutan harapan terhadap pemulihan semula ekonomi negara itu.

"Kami merasakan jualan ekuiti tempatan ketika ini nampaknya tidak wajar kerana prestasi pendapatan suku pertama telah dijangkakan, manakala prospek ekonomi tempatan kekal positif," kata Thong, sambil menambah ini akan terus merangsang aktiviti membeli saham berharga rendah dalam pasaran domestik.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CelcomDigi naik 10 sen kepada RM4.48, Petronas Chemicals, MISC dan Inari Amertron meningkat enam sen setiap satu masing-masing kepada RM6.55, RM7.21 dan RM2.54.

Public Bank dan CIMB jatuh lima sen masing-masing kepada RM3.78 dan RM4.81, Maxis turun enam sen kepada RM4.10 dan Hong Leong Bank susut 32 sen kepada RM18.96.

Dalam kalangan kaunter cergas, KNM menokok 1.5 sen kepada lapan sen, Dagang NeXchange naik 6.5 sen kepada 51.5 sen, MyEG meningkat satu sen kepada 85 sen, Vsolar menokok lima sen kepada 29 sen, manakala Borneo Oil turun setengah sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 3.94 mata kepada 10,207.17, Indeks FBMT 100 turun 1.63 mata kepada 9,908.45, Indeks FBM Emas Syariah naik 37.51 mata kepada 10,590.86, Indeks FBM 70 menambah 42.83 mata kepada 13,604.64, manakala Indeks FBM ACE melonjak 120.51 mata kepada 5,070.26.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 99.34 mata kepada 15,093.95, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.00 mata kepada 159.78, Indeks Tenaga naik 4.60 mata kepada 811.28 dan Indeks Perladangan menokok 17.77 mata kepada 6,624.56.

Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 2.16 bilion unit bernilai RM1.61 daripada 2.15 bilion unit bernilai RM1.61 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 417.89 juta unit bernilai RM56.58 juta daripada 178.78 juta unit bernilai RM35.22 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.03 bilion saham bernilai RM265 juta daripada 611.59 juta saham bernilai RM189.98 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 314.07 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (525.36 juta); pembinaan (57.21 juta); teknologi (431.08 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (78.60 juta); hartanah (206.23 juta); perladangan (22.42 juta); REITs (11.11 juta), dana tertutup (63,500); tenaga (302.13 juta); penjagaan kesihatan (59.05 juta); telekomunikasi dan media (50.56 juta); pengangkutan dan logistik (40.08 juta); dan utiliti (60.61 juta).

-- Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.010
BURSA 7.470
CDB 4.110
DNEX 0.400
FBMKLCI 1561.640
HLBANK 19.460
INARI 3.090
MAXIS 3.540
MISC 7.820
PBBANK 4.240

Comments

Login to comment.