Giant Kelana Jaya ditutup selepas beroperasi 19 tahun

BeritaHarian Mon, Nov 27, 2023 04:23pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Giant Hypermarket Kelana Jaya, salah satu pasar raya hiper ikonik di Lembah Klang menamatkan operasi semalam selepas 19 tahun.

Awal tahun ini, dilaporkan bahawa pemaju hartanah, UEM Sunrise membeli tanah di lokasi pasar raya hiper itu terletak bagi tujuan pembangunan hartanah.

Difahamkan, tapak Giant Hypermarket Kelana Jaya itu bakal dibangunkan semula dengan pembangunan bercampur yang terdiri daripada pangsapuri, pejabat dan pasar raya serta lot-lot runcit.

Sehubungan itu, bangunan yang terletak di tepi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ini bakal diruntuhkan bagi memberikan laluan kepada projek baharu terbabit.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai warganet yang berkongsi kenangan mereka membeli-belah atau bekerja di pasar raya hiper itu sejak dua dekad lalu.

"Kenangan semasa duduk Sungai Way....balik kerja pagi mesti singgah beli lauk untuk masak.....20 tahun yang lalu....," kata Salmiah Isa.

"Kenangan kerja di Giant Customer Service (Khidmat pelanggan).. simpan barang .. tebus 'gift' (hadiah) dan balut 'gift'," kata Adam FZ.

Pada Februari lalu, DFI Group (DFI) memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant.

Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta menyumbang ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia.

Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

UEMS 1.030

Comments

Login to comment.