Arahan cuti sementara CFO MSM dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024

BeritaHarian Fri, Dec 08, 2023 02:54pm - 4 months View Original


KUALA LUMPUR: Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MSM Malaysia Holdings Bhd, Dr Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar akan dilanjutkan dari 15 Disember 2023 hingga 15 Januari 2024 atau sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MSM berkata operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa dan pengumuman lanjut dibuat jika terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan perkara itu.

Pada 3 November lalu, MSM yang mengendalikan perniagaan gula FGV Holdings Bhd, memaklumkan Bursa Malaysia bahawa Mazatul Aini telah diarah cuti sementara berkuat kuasa pada 20 Oktober 2023 sehingga 15 Disember 2023, bagi membantu siasatan dalaman.

Pada Disember 2022, MSM Malaysia Holdings Bhd telah melantik Mazatul 'Aini sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) menggantikan Ab Aziz Ismail.

Mazatul 'Aini, sebelum itu adalah CFO Kumpulan Proton Holdings Bhd sebelum perjanjian penggabungan dengan Zhejiang Geely Holdings Group.

Terdahalu, beliau pernah menjadi CFO bagi Nationwide Express Courier Services Bhd.

Belaiu juga pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dan TH Heavy Engineering Bhd, serta ahli jawatankuasa audit bagi kedua-dua syarikat berkenaan.

Mazatul 'Aini ialah seorang fellow di Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan memperoleh PhD dalam bidang perbankan Islam dan ekonomi antarabangsa dari University of East London (UEL), UK.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
FGV 1.370
MSM 3.060
SEM 2.000

Comments

Login to comment.