10 berita korporat utama 2023

BeritaHarian Sun, Dec 31, 2023 11:54am - 3 months View Original


Tahun 2023 menyaksikan pelbagai berita besar mewarnai dunia korporat tempatan di tengah persekitaran ekonomi serba mencabar. Berikut adalah 10 berita utama yang berlaku sepanjang tahun ini.

Pelaburan Tesla, Amazon Web Services

Dua syarikat terkemuka dunia, Tesla dan Amazon Web Services (AWS) mengumumkan pelaburan di Malaysia yang dijangka membawa limpahan ekonomi kepada negara, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Ibu pejabat Tesla di Malaysia - Gambar fail NSTP
Ibu pejabat Tesla di Malaysia - Gambar fail NSTP

Krisis syarikat penerbangan MyAirline

Syarikat penerbangan tambah murah, MYAirline Sdn Bhd menggantung operasinya pada 12 Oktober 2023 kerana masalah kewangan. Tindakan itu menyebabkan ribuan pekerja dan penumpang terjejas akibat pengumuman yang dibuat secara mengejut.

MYAirline Sdn Bhd - Gambar fail NSTP
MYAirline Sdn Bhd - Gambar fail NSTP

Dua urus niaga mega Sime Darby

Sime Darby Bhd menjual kepentingan dalam Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (RSDH) pada harga RM5.7 bilion kepada Columbia Asia Healthcare Sdn Bhd (Columbia Asia), November lalu. Konglomerat itu kemudian pada bulan ini menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.

Sime Darby Bhd - Gambar fail NSTP
Sime Darby Bhd - Gambar fail NSTP

Malaysia Airlines, Brahim's berpisah

Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) dan Brahim's Holdings Bhd menamatkan kerjasama katering dalam penerbangan selepas melalui tempoh rundingan yang menyeluruh dan berpanjangan. Syarikat pengendalian darat MAG, AeroDarat Services kemudian menguruskan proses penghantaran makanan ke dalam pesawat.

Brahim's Holdings Bhd - Gambar fail NSTP
Brahim's Holdings Bhd - Gambar fail NSTP

LTAT tawar ambil alih Boustead Plantations

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengeluarkan notis Tawaran Pengambilalihan Mandatori Tidak Bersyarat bagi semua baki saham dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) yang tidak dipegangnya pada harga tawaran RM1.55 sesaham. Ia selepas tawaran dikemukakan oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) berakhir apabila perjanjian pengambilalihan terbatal.

Perjanjian akses 5G dimeterai

Semua syarikat telekomunikasi (telco) utama termasuk Maxis Bhd memuktamadkan proses pemegangan saham mereka dalam Digital Nasional Bhd (DNB), sekali gus dapat memberikan perkhidmatan 5G secara menyeluruh kepada penduduk di negara ini.

Pharmaniaga berdepan status PN17

Syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Bhd diberikan status Nota Amalan 17 (PN17) berikutan keputusan kewangan kurang memberangsangkan awal tahun ini yang kebanyakannya berpunca daripada kemerosotan inventori vaksin COVID-19 berjumlah RM552.3 juta.

Pharmaniaga Bhd - Gambar fail NSTP
Pharmaniaga Bhd - Gambar fail NSTP

Serba Dinamik terus dipalit kontroversi

Syarikat minyak dan gas bermasalah, Serba Dinamik Holdings Bhd terus terpalit dengan kontroversi kewangan dengan yang terbaharu, syarikat itu dan 10 pengarahnya ditegur oleh Bursa Malaysia Securities Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities. Lembaga pengarah yang terbabit juga dikenakan denda antara RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Serba Dinamik Holdings Bhd - Gambar fail NSTP
Serba Dinamik Holdings Bhd - Gambar fail NSTP

KDN tamat kontrak NiiSe untuk Iris

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 14 Ogos lalu menamatkan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang diberikan kepada anak syarikat Iris Corp Bhd, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS). IITS adalah pembangun sistem NIISe yang dikatakan bakal menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) diguna pakai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak 13 tahun lalu.

Bank tingkat ciri keselamatan

Institusi perbankan di Malaysia menambah baik ciri-ciri keselamatan masing-masing, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan. Pendekatan holistik itu membolehkan bank-bank di Malaysia mengenal pasti dan menghapuskan ancaman aktiviti penipuan yang semakin berleluasa.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BPLANT 1.570
BURSA 7.410
IRIS 0.300
KLK 22.660
MAXIS 3.460
PHARMA 0.340
SERBADK 0.020
SIME 2.730
UMW 4.970

Comments

Login to comment.