100,000 pengguna terima manfaat

HarianMetro Fri, Mar 01, 2024 06:00am - 2 years View Original


LEBIH 100,000 pengguna menerima manfaat daripada program pinjaman peribadi inklusif GOpinjam, yang disediakan melalui Touch 'n Go eWallet sejak dilancarkan pada 1 April 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni berkata, 30 peratus daripada jumlah itu adalah peminjam baharu dan tiada rekod pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan atau agensi perbankan.

Justeru, Alan melihat inisiatif GOpinjam membantu pengguna bukan hanya untuk mendapatkan pinjam segera tetapi mempunyai rekod pinjaman.

"GOpinjam adalah inisiatif yang dibangunkan dengan kerjasama CIMB Berhad (CIMB).

"Secara teknikalnya, semua orang berpeluang memohon pinjaman daripada GOpinjam jika memenuhi syarat had umur dan ada penyata gaji sebagai bukti mempunyai pendapatan.

"Bagaimanapun, pemberian pinjaman tertakluk kepada kelulusan dan kriteria ditetapkan CIMB selain rekod Kalkulator Nisbah Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) yang bermakna tidak semua permohonan akan diluluskan.

"Kelulusan mengambil masa sehari atau kurang daripada itu bergantung kepada rekod kewangan pemohon dengan had pinjaman maksimum sehingga RM20,000," katanya pada majlis taklimat TNG Digital di sini, semalam.

GOpinjam dan produk asasnya iaitu e-Zi Tunai oleh CIMB Bank dikawal sepenuhnya dengan kod tingkah laku yang betul.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.