Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini

BeritaHarian Mon, Mar 04, 2024 07:19pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang turut mencatatkan kenaikan kecil.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.25 mata untuk ditutup kepada 1,539.27 daripada paras penutup 1,538.02 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 1.08 mata kepada 1,539.10, bergerak antara jajaran 1,537.03 dan 1,547.10 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 536 berbanding 426, manakala 461 kaunter tidak berubah, 837 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.56 bilion daripada 4.82 bilion unit bernilai RM3.09 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga mencatatkan kenaikan kecil untuk ditutup tinggi sedikit apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu perkembangan daripada sesi tahunan National People's Congress China.

Kongres itu bertujuan untuk meningkatkan ekonomi kedua terbesar dunia itu, menangani cabaran dalam pasaran hartanah dan menstabilkan pasaran kewangan, katanya

Selain itu, di dalam negara, Thong berkata penilaian positif broker saham terhadap ekuiti Malaysia kekal utuh, disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.

"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,540-1,570 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,570 dan paras sokongan pada 1,534," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 15 sen kepada RM9.60 dan CIMB meningkat 11 sen kepada RM6.45 manakala Public Bank berkurangan enam sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM11.20 dan Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM6.88.

Dalam kalangan kaunter cergas, TWL Holdings dan Hong Seng Consolidated tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan 1.5 sen, manakala Harvest Miracle Capital dan Widad Group susut satu sen setiap satu masing-masing kepada 14 sen dan 11 sen dan Jaks Resources berkurangan dua sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.79 mata kepada 11,417.10, Indeks FBMT 100 meningkat 9.54 mata kepada 11,084.31, Indeks FBM 70 menokok 15.41 mata kepada 15,400.13, Indeks FBM ACE susut 10.00 mata kepada 4,750.36 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 28.06 mata kepada 11,443.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 78.30 mata kepada 17,253.53, Indeks Perladangan naik 72.24 mata kepada 7,296.10, Indeks Tenaga menokok 4.11 mata kepada 913.76 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 175.69.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.93 bilion unit bernilai RM2.32 bilion daripada 3.29 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 786.11 juta unit bernilai RM102.03 juta daripada 931.75 juta unit bernilai RM125.0 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 589.15 juta saham bernilai RM134.95 juta daripada 579.47 juta saham bernilai RM131.61 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 219.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (382.62 juta); pembinaan (147.23 juta); teknologi (282.01 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (143.21 juta); hartanah (351.76 juta); perladangan (59.08 juta); REITs (15.70 juta), dana tertutup (198,100); tenaga (137.40 juta); penjagaan kesihatan (43.69 juta); telekomunikasi dan media (38.11 juta); pengangkutan dan logistik (33.64 juta); dan utiliti (71.38 juta). - BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.470
FBMACE 4958.150
FBMEMAS 11715.040
FBMKLCI 1561.640
FBMSHA 11858.350
HM 0.110
HONGSENG 0.010
HONGSENG-PA 1.740
HONGSENG-WA 1.180
HONGSENG-WB 0.005
JAKS 0.135
PBBANK 4.240
TENAGA 11.720
TWL 0.030
TWL-LA 0.020
TWL-WD 0.005
TWL-WE 0.010
WIDAD 0.065

Comments

Login to comment.