Ekuinas jual 50.2 peratus pegangan dalam ICON Offshore, RM172.7 juta

BeritaHarian Tue, Mar 26, 2024 08:41pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menjual pegangan ekuiti 50.2 peratus dalam penyedia perkhidmatan minyak dan gas, ICON Offshore Bhd (ICON), yang dipegangnya melalui syarikat tujuan khas (SPV).

Bahagian ekuitinya itu dijual kepada Liannex Maritime Sdn Bhd (Liannex), iaitu sebuah SPV milik Liannex Corporation (S) Pte Ltd, dengan jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM172.7 juta, yang seterusnya akan mencetus tawaran pengambilalihan mandatori, seperti yang diumumkan oleh ICON pada hari ini.

Liannex adalah sebuah enterpris persendirian yang dimiliki oleh Lim Han Weng, seorang rakyat Malaysia, yang juga Pengerusi dan pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (Yinson), sebuah syarikat infrastruktur tenaga yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Yinson adalah kumpulan minyak dan gas Malaysia yang terkemuka dan mapan dengan pengalaman pemilikan dan operasi dalam kapal penyimpanan dan terapung (FPSO) serta kapal sokongan luar pesisir (OSV).

Di bawah pimpinan beliau dan mengambil kira rekod prestasinya dan pengetahuan industri yang kukuh, ICON berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai laju pertumbuhan sebagai penyedia OSV terkemuka di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekuinas, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata keputusan untuk melupuskan pegangan majoriti dalam ICON adalah berdasarkan keadaan pasaran yang baik pada masa kini berserta peluang yang jarang diperoleh Ekuinas memberikan 'baton' kepada pelabur yang sangat kredibiliti dan berkomitmen.

"Dengan rekod prestasi pelabur dan kestabilan kewangan dalam industri O&G, kami menganggap transaksi ini sebagai peluang menang-menang, saling menguntungkan untuk kedua-dua pemegang saham Ekuinas dan ICON.

"Pelupusan strategik ini jelas mencerminkan komitmen kami untuk memaksimumkan nilai pemegang saham dan satu yang meninggalkan ICON di tangan yang mampu untuk merangka tahap pertumbuhan seterusnya mereka," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mengikuti langkah penyusunan semula hutang pada tahun 2018, Ekuinas melabur dalam ICON untuk memastikan kesinambungan perniagaannya.

Pada akhir FY2023, ICON melengkapkan langkah pengurangan modal dan konsolidasi saham, yang secara berkesan menghapuskan kerugian dan konsolidasi sahamnya dengan faktor lima kali.

Ekuinas memutus untuk keluar dari pelaburannya dalam ICON, selepas lebih dari 10 tahun, dengan keuntungan yang direalisasikan lebih dari RM500 juta yang man diperoleh sepanjang tempoh pelaburannya.

Transaksi ini meletakkan Ekuinas sebagai salah satu pelabur dalam sektor O&G yang berjaya.

Selepas transaksi ini, pegangan Ekuinas dalam ICON berkurangan kepada kira-kira 5.8 peratus.

ICON telah membuktikan ia sebagai penyedia OSV di Malaysia dan Asia Tenggara.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.230
ICON 0.765
ICON-WA 0.195
YINSON 2.380
YINSON-WA 0.365

Comments

Login to comment.