Pasaran saham akhiri minggi pada kedudukan lebih tinggi

BeritaHarian Fri, Mar 29, 2024 11:02pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini mencecah paras tertinggi intra hari apabila aktiviti membeli saham berharga rendah muncul susulan beberapa sesi dagangan yang lesu sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.47 mata kepada 1,536.07 daripada paras penutup 1,530.60 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.51 mata kepada 1,532.11 dan bergerak antara paras 1,532.03 dan 1,542.00 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 516 berbanding 469, manakala 502 kaunter tidak berubah, 833 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.06 bilion unit bernilai RM2.59 bilion daripada 3.75 bilion unit bernilai RM3.10 bilion pada Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati meskipun sentimen pasaran yang semakin bertambah baik.

"Menyedari bahawa jangkaan pelabur berubah-ubah dari semasa ke semasa, kami menjangkakan indeks penanda aras kekal tidak berubah buat masa ini sehingga adanya gambaran lebih jelas mengenai penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

"FBM KLCI kekal dalam fasa penstabilan sejak dua minggu lepas. Meskipun berada dalam fasa tersebut, indeks sentiasa kekal di atas paras 50-hari Exponential Moving Averages (EMA)," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Thong mengekalkan pandangannya bahawa indeks petunjuk pasaran stabil dengan kecenderungan sedikit meningkat, dengan jangkaan ia berlegar sekitar 20-hari EMA.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM9.69, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.22, CIMB Group menokok 9.0 sen kepada RM6.64 dan Tenaga Nasional melonjak 14 sen kepada RM11.38.

Sementara itu Petronas Chemicals turun 8.0 sen kepada RM6.71.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng Consolidated dan Lambo Group tidak berubah masing-masing pada 1.0 sen dan 3.0 sen, MMAG Holdings meningkat 1.5 sen kepada 19.0 sen, Southern Score Builders naik 4.5 sen kepada 34.5 sen manakala Ingenieur Gudang susut 1.0 sen kepada 15.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 45.61 mata kepada 11,571.59, Indeks FBMT 100 naik 45.03 mata kepada 11,217.57 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 30.08 mata kepada 11,643.52. Indeks FBM ACE menambah 54.33 mata kepada 4,897.06, manakala Indeks FBM 70 melonjak 85.93 mata kepada 16,234.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 91.15 mata kepada 17,273.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik sedikit sebanyak 0.09 mata kepada 179.63, Indeks Tenaga menokok 9.37 mata kepada 952.36, manakala Indeks Perladangan susut 10.89 mata kepada 7,287.67.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.89 bilion unit bernilai RM2.33 bilion daripada 2.19 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 282.04 juta unit bernilai RM30.29 juta daripada 800.47 juta unit bernilai RM107.30 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 855.36 juta saham bernilai RM223.79 juta daripada 751.30 juta saham bernilai RM238.38 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 231.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (431.67 juta); pembinaan (191.49 juta); teknologi (287.68 juta); SPAC (0.00 juta); perkhidmatan kewangan (109.97 juta); hartanah (279.02 juta); perladangan (31.89 juta); REITs (17.89 juta); dana tertutup (10,100); tenaga (127.78 juta); penjagaan kesihatan (47.09 juta); telekomunikasi dan media (47.85 juta); pengangkutan dan logistik (41.31 juta) dan utiliti (43.45 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Nuzul Al-Quran.

– Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.780
FBMACE 5796.200
FBMEMAS 12292.040
FBMKLCI 1599.790
FBMSHA 12634.870
HONGSENG 0.010
HONGSENG-PA 1.740
HONGSENG-WA 1.180
HONGSENG-WB 0.005
INGENIEU 0.070
LAMBO 0.025
LAMBO-WB 0.000
LAMBO-WC 0.005
MMAG 0.300
MMAG-WC 0.125
PBBANK 4.040
SSB8 0.635
TENAGA 13.860

Comments

Login to comment.