Usahawan TEKUN diberi masa hingga hujung tahun buat bayaran balik

HarianMetro Mon, Apr 22, 2024 04:33pm - 3 weeks View Original


Bangi: Tempoh masa sehingga hujung tahun ini diberikan kepada semua peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk membuat bayaran balik tunggakan pembiayaan tabung berkenaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.

Beliau berkata tempoh masa itu diberikan selepas mengambil kira faktor usahawan yang masih bertungkus lumus membangunkan semula perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara pada 2020.

"Memang setiap hari ada (peminjam) tampil buat pembayaran, tetapi kita kena bagi masa sebab mereka masih berusaha keras. Tahun ini juga kita sasarkan untuk turunkan jumlah peminjam tak bayar pembiayaan kepada satu digit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Hari Raya TEKUN 2024 di sini hari ini.

Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Pengerusi TEKUN Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bagi memastikan agenda menurunkan jumlah peminjam gagal bayaran pembiayaan TEKUN Nasional kepada satu digit berjaya dicapai.

Pada 2 Mac lepas Ramanan dilaporkan berkata 137,520 peminjam TEKUN Nasional mempunyai tunggakan pembiayaan melebihi enam bulan, dengan jumlah keseluruhan RM1.1 bilion sehingga Januari tahun ini.

Sementara itu merujuk kepada jumlah permohonan pembiayaan TEKUN untuk tahun ini, Ramanan berkata kira-kira 30,000 permohonan telah diterima setakat bulan ini.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.