Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejak kenaikan Wall Street

BeritaHarian Mon, Apr 29, 2024 11:44am - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat, kata seorang penganalisis.

Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.33 mata kepada 1,577.49 daripada 1,575.16 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 429 berbanding 254, manakala 392 kaunter tidak berubah, 1,298 kaunter tidak diniagakan dan 112 yang lain digantung.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.14 mata lebih rendah kepada 1,567.30.

Jumlah dagangan sebanyak 970.78 juta unit bernilai RM483.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi minggu lepas, dirangsang oleh pendapatan kukuh daripada Alphabet dan Microsoft, pada masa sama menghapuskan kebimbangan awal terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan dan inflasi.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) naik 154 mata manakala Nasdaq meningkat 316 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.66 peratus, katanya.

Di Hong Kong, beliau berkata Indeks Hang Seng melonjak 366 mata kerana keyakinan pasaran, disokong oleh dasar untuk meningkatkan pasaran serta pendapatan korporat yang positif.

"Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi tahun ini apabila aktiviti pembelian semasa harga rendah kembali di Bursa Malaysia.

"Hari ini, kami mengunjurkan indeks akan mengekalkan trajektori menaiknya. Oleh itu, jangkaan indeks berlegar dalam julat 1,575-1,585 dengan minat belian mungkin tertumpu kepada bank," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa harga minyak mentah dijangka meningkat lebih tinggi berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah dan inventori lebih rendah yang menyaksikan minyak mentah Brent ditutup pada AS$89.50 setong.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank melonjak satu sen kepada RM9.80, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM11.94, dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM6.31.

Public Bank dan CIMB masing-masing merosot satu sen kepada RM4.20 dan RM6.60.

Bagi saham aktif, MYEG naik satu sen kepada 92.5 sen, Capital A dan Powerwell masing-masing melonjak tiga sen kepada 76.5 sen dan 47.5 sen, manakala TWL Holdings dan Ingenieur Gudang masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 31.01 mata kepada 11,857.80; Indeks FBMT 100 menambah 28.35 mata kepada 11,489.80; Indeks FBM 70 naik 87.43 mata kepada 16,504.21; Indeks FBM ACE meningkat 25.72 mata kepada 5,087.73 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 42.39 mata kepada 12,034.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.44 mata kepada 17,296.37; Indeks Tenaga kurang 4.84 mata kepada 972.58; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.12 mata kepada 188.45 manakala Indeks Perladangan merosot 14.94 mata kepada 7,388.01. – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.860
CAPITALA 0.840
FBMACE 5789.050
FBMEMAS 12244.830
FBMKLCI 1590.370
IHH 6.180
INGENIEU 0.065
PBBANK 4.000
TENAGA 13.720
TWL 0.030
TWL-LA 0.020
TWL-WD 0.005
TWL-WE 0.005

Comments

Login to comment.