Bursa Malaysia ditutup rendah didorong pengambilan untung

BeritaHarian Tue, Apr 30, 2024 07:13pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau hari ini apabila indeks petunjuk pasaran ditutup pada paras terendah intra harinya di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan kukuh semalam.

Bursa tempatan bermula kukuh minggu ini apabila ditutup tinggi pada Isnin mendapat rangsangan daripada momentum positif yang berterusan dengan FBM KLCI naik 0.48 peratus disokong oleh minat belian dalam saham utiliti dan telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.92 mata kepada 1,583.58 dan mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,589.06 dalam sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 524 berbanding 521, manakala 493 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.18 bilion unit bernilai RM3.75 bilion daripada 4.24 bilion unit bernilai RM3.25 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini tetapi susut semula pada tengah hari susulan pengambilan untung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau kebanyakannya ditutup tinggi susulan sentimen positif di Wall Street semalaman memandangkan pendapatan korporat yang menggalakkan dan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang makin mengendur.

"Kami percaya pengambilan untung dalam pasaran ekuiti tempatan adalah sihat kerana ia membolehkan pasaran mencerna aliran meningkat baru-baru ini. Kami mengekalkan sasaran mingguan FBM KLCI kami pada 1,570 hingga 1,590 dengan paras rintangan segera pada 1,590 dan paras sokongan pada 1,560," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, saham Asia meningkat pada Selasa, diterajui ekuiti Jepun susulan pertumbuhan ekonomi China lebih tinggi daripada jangkaan pada suku pertama 2024.

Nikkei 225 Jepun meningkat 1.24 peratus kepada 38,405.66, Hang Seng Hong Kong naik 0.09 peratus kepada 17,763.03, Kospi Korea Selatan menokok 0.17 peratus kepada 2,692.06, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.32 peratus kepada 3,292.96 manakala Indeks Komposit SSE China susut 0.26 peratus kepada 3,104.82.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi Maybank susut dua sen kepada RM9.73, Public Bank turun enam sen kepada RM4.12 dan IHH Healthcare jatuh empat sen kepada RM6.33.

Tenaga Nasional meningkat empat sen kepada RM11.96 manakala CIMB tidak berubah pada RM6.61.

Dalam kalangan kaunter cergas, MyEG naik 2.5 sen kepada 93.5 sen, waran Iconic Worldwide menokok 1.5 sen kepada 4.5 sen, Classita Holdings menambah setengah sen kepada 4.5 sen, Iconic Worldwide meningkat 2.5 sen kepada 10.5 sen, manakala MKH Oil Palm yang memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama susut setengah sen kepada 61.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 28.76 mata kepada 11,872.26, Indeks FBMT 100 susut 32.53 mata kepada 11,502.73, Indeks FBM ACE jatuh 15.31 mata kepada 5,076.70, manakala Indeks FBM 70 menokok 19.76 mata kepada 16,621.25 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.46 mata kepada 12,085.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 59.25 mata kepada 17,214.15, Indeks Tenaga turun 4.83 mata kepada 975.66, Indeks Perladangan jatuh 22.51 mata kepada 7,436.76, tetapi Indeks Produkk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.56 mata kepada 189.14.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.82 bilion unit bernilai RM3.41 bilion daripada 2.46 bilion unit bernilai RM3.11 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 865.71 juta unit bernilai RM125.79 juta daripada 1.18 bilion unit bernilai RM174.02 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 500.90 juta saham bernilai RM207.06 juta daripada 596.31 juta saham bernilai RM195.33 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 877.98 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (452.96 juta), pembinaan (204.26 juta), teknologi (309.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (135.77 juta), hartanah (274.90 juta), perladangan (144.03 juta), REITs (23.39 juta), dana tertutup (22,400), tenaga (105.48 juta), penjagaan kesihatan (75.50 juta), telekomunikasi dan media (46.70 juta), pengangkutan dan logistik (38.47 juta), utiliti (120.03 juta) dan amanah perniagaan (3.74 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.800
CLASSITA 0.040
CLASSITA-WC 0.015
FBMACE 5842.780
FBMEMAS 12425.190
FBMKLCI 1610.170
FBMSHA 12809.700
ICONIC 0.100
ICONIC-WA 0.035
IHH 6.270
MKHOP 0.580
PBBANK 4.080
TENAGA 14.140

Comments

Login to comment.