Saiful Nizam dilantik jadi Pengerusi Jiankun

BeritaHarian Fri, May 10, 2024 09:52pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Jiankun International Bhd melantik Presidennya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Saiful Nizam dibuat selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat pembangunan dan pembinaan hartanah itu pada 30 April.

Mohamed Apandi, yang juga bekas Peguam Negara, telah mengetuai Jiankun sejak Disember 2020.

Saiful Nizam, menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memegang 2.5 juta saham atau 0.51 peratus pegangan dalam Jiankun.

Disember lalu, beliau tidak lagi menjadi pemegang saham utama Jiankun selepas menjual 15 juta saham atau 3.178 peratus kepentingan, mengurangkan pegangannya kepada di bawah ambang lima peratus.

Saiful Nizam mula dilantik ke Lembaga Pengarah Jiankun sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada April 2021.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada Mac 2022.

Pada Oktober 2022, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif kumpulan sebelum dilantik semula sebagai Presiden pada Disember 2022.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

JIANKUN 0.140
JIANKUN-WB 0.045

Comments

Login to comment.