Main peranan dalam pasaran hartanah kediaman

HarianMetro Thu, May 16, 2024 06:10am - 3 days View Original


PELAJAR antarabangsa di Malaysia memainkan peranan dalam pasaran hartanah kediaman terutama dalam pasaran sewaan di kawasan berhampiran universiti dan hab pendidikan.

Data yang dikeluarkan oleh syarikat teknologi hartanah terbesar, IQI berkata, Malaysia akan menjadi destinasi utama pengajian antarabangsa menjelang 2035 berdasarkan trend saiz populasi pelajar global dan jumlah pelajar yang datang ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, pelajar antarabangsa meningkatkan jumlah permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, selepas pandemik, Malaysia semakin menjadi pilihan pelajar dari peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian.

"Sebagai contoh, data menunjukkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada kira-kira 125,000 pelajar antarabangsa secara tahunan.

"Kira-kira 70 peratus daripada pelajar ini berada di institusi pengajian tinggi swasta, selebihnya menuntut di universiti awam dan sekolah menengah," katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar antarabangsa lebih memberi nilai tambah kepada ekonomi Malaysia berbanding pelancong dari luar negara.

Apabila Malaysia mencapai sasaran seramai 250,000 pelajar antarabangsa setiap tahun, ia merupakan tambahan sebanyak RM16 bilion setiap tahun untuk ekonomi Malaysia.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.