Aktiviti ambil untung berterusan, Bursa Malaysia lanjutkan kerugian

BeritaHarian Wed, May 29, 2024 10:40am - 2 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, melanjutkan kerugiannya semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.83 mata kepada 1,612.99 daripada paras penutup 1,615.82 semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah 1.11 mata kepada 1,614.71.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 159, dengan 313 kaunter tidak berubah, 1,725 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 255.54 juta saham bernilai RM118.80 juta.

Dalam satu nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, FBM KLCI meneruskan penurunan berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam pasaran lebih luas.

Firma pembrokeran itu berkata, Wall Street didagangkan bercampur-campur dengan Nasdaq mencecah paras 17,000 buat kali pertama, diterajui oleh kenaikan dalam Nvidia disebabkan pelabur kekal yakin memandangkan keputusannya lebih kukuh daripada jangkaan, didorong oleh permintaan untuk kecerdasan buatan generatif.

Minat belian mungkin mengalir ke arah saham di peringkat tempatan terutamanya saham berkaitan pusat data.

"Sehubungan itu, kami yakin kaunter sektor teknologi seperti pemain HDD, komponen perkakasan dan pengedar/pembekal teknologi awan akan menjadi pilihan.

"Selain itu, kami berpendapat sektor hartanah, pembinaan, bahan binaan dan utiliti mungkin mendapat manfaat di bawah pemangkin pusat data," katanya.

Peniaga juga akan memantau peristiwa/data penting termasuk isu pengangguran AS, indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kata firma broker itu.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM9.94, Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM13.18 dan CIMB menguncup dua sen kepada RM6.89 manakala Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.12 dan RM6.20.

Bagi kalangan saham cergas, penampilan sulung Kawan Renergy di Pasaran ACE menokok 16 sen kepada 46 sen, Revenue Group menambah 0.5 sen kepada 24 sen, Sealink International meningkat 2.5 sen, Pegasus Height tidak berubah pada 0.5 sen dan AHB Holdings merosot satu sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 19.18 mata kepada 12,291.83, Indeks FBMT 100 naik 19.16 mata kepada 11,891.54 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 14.59 mata kepada 12,554.98, Indeks FBM ACE jatuh 4.73 mata kepada 5,484.83 dan Indeks FBM 70 berkurangan 21.35 mata kepada 17,669.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.02 mata kepada 17,559.91, Indeks produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.10 mata kepada 195.62, Indeks Tenaga menambah 3.97 mata kepada 996.42 manakala Indeks Perladangan menokok 5.03 mata kepada 7,250.69.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AHB 0.115
AHB-WC 0.055
BURSA 8.830
FBMACE 5902.480
FBMEMAS 12386.450
FBMKLCI 1607.320
FBMSHA 12727.480
IHH 6.250
KENERGY 0.840
PBBANK 4.080
REVENUE 0.230
SEALINK 0.315
TENAGA 14.080

Comments

TUANKU SHAHRUZZAMAN SHAHRUZZAMAN BAHARUDIN
Like · Reply
Buat make at capereto online$700BILLONS

Login to comment.