Bintai Kinden dapat dua subkontrak bernilai RM22.3 juta bina rumah di Muar

BeritaHarian Tue, Jun 11, 2024 11:09pm - 1 week View Original


KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corp Bhd memperoleh dua subkontrak bernilai RM22.3 juta daripada Lu Chin Poh Construction Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata subkontrak itu dimenangi oleh anak syarikat milik penuhnya, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd, untuk membina rumah dua tingkat di Muar, Johor.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Datuk Tay Chor Han, berkata subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat dalam tempoh dua tahun kewangan akan datang.

"Projek-projek ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mengembangkan jejak dalam sektor pembinaan dan memanfaatkan kepakaran kami untuk menyampaikan penyelesaian kejuruteraan yang berkualiti," katanya.

Subkontrak pertama bernilai RM7.6 juta membabitkan pembinaan lapan unit rumah berkembar dua tingkat.

Subkontrak kedua bernilai RM14.7 juta dan ia termasuk pembinaan 21 unit rumah teres dua tingkat, kedua-duanya berserta kerja-kerja infrastruktur berkaitan.

Kedua-dua projek itu mempunyai tempoh pembinaan yang ditetapkan selama 15 bulan, dengan jangkaan tarikh siap pada 1 September 2025. -BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BINTAI 0.085

Comments

Login to comment.